Sambutan Hari Guru Daerah Beluran 2019
Puisi Hari Guru
Cikguku
Adiwiraku
Cikgu…..
Andai kata matahari tiada
Dunia akan beku dan bisu
pelangi tiada akan pernah terpancar
kehidupan tiada akan pernah terlaksana
Dunia akan beku dan bisu
pelangi tiada akan pernah terpancar
kehidupan tiada akan pernah terlaksana
Benar
cikgu….
Di saat titik kegalauan menghampiri
Terlihat setitik cahaya yang kami cari
Yang nampak dari sudut-sudut bibirmu
Dan gerak-gerik tubuhmu
Engkau sinari jalan-jalan kami yang buntu
Yang hampir menjerumuskan masa depan kami
Engkau terangi kami dengan obor ilmu mu
Yang tiada akan pernah sirna di terpa angin usia
Di saat titik kegalauan menghampiri
Terlihat setitik cahaya yang kami cari
Yang nampak dari sudut-sudut bibirmu
Dan gerak-gerik tubuhmu
Engkau sinari jalan-jalan kami yang buntu
Yang hampir menjerumuskan masa depan kami
Engkau terangi kami dengan obor ilmu mu
Yang tiada akan pernah sirna di terpa angin usia
Sungguh Benar Cikgu ……..
Engkaulah adiperkasaku
Engkaulah adiperkasaku
yang tak mengharapkan kurniaan
Di saat kami tak mendengarkan bicaramu
Engkau tak pernah mengeluh dan menyerah
Untuk terus mentarbiah kami
Di saat kami tak mendengarkan bicaramu
Engkau tak pernah mengeluh dan menyerah
Untuk terus mentarbiah kami
Sekejap kau bulatkan mata menyala
Sekejap kau senyum bak sutra dara di mahligai indah
merayu kami untuk berakhlak
seorang wali
Aku akui cikgu…
Darimu kami mengenal banyak hal
Tentang mana warna yang indah
Tentang garis yang harus di lukis
Tentang mana warna yang indah
Tentang garis yang harus di lukis
Juga tentang kata yang harus dibaca
Atau doa yang patut diamal
Engkau membuat hidup kami berarti
Engkau membuat hidup kami berarti
Tidak tersangkalkan sesiapapun cikguku……
Tiada Perdana Menteri tanpa sentuhan membacmu di darjah satu
Tiada Menteri Kewangan tanpa sergahan sifirmu berulang kali
Tiada doktor tanpa fomulamu di makmal sains
Tiada peguam tanpa bimbingan
pembentanganmu di bilik darjah
Tiada huffz tanpa tasmik di hadapanmu
Tidak sesiapapun tokoh di alam
ini tanpa bimbinganmu
Memang engkau Adiperkasa cikguku…..
Namun Adiwiraku……
Tatkala kulihat kau membisu di atas kerusi roda
Tatkala kuperhati kau terlantar kaku di katil besi
Tatkala kuamati kau terbongkok mengalun hidup tanpa teman
Tatkala kuhayati hidupmu kini yang kian kosong menjejak hari tua
Tatkala kuinsafi kau terkuis bagaikan kanak-kanak bertatih….
Rupanya Adiperkasaku
Kukian meyamaimu….
rambut yang kian memutih
mula hilang kudrat diri
Kian diabai harga raga
Ada tikanya ditertawa anak pertiwi….
Bak si pikun kolot cacat tak bererti
Semak di mata Sesak di hati
Umpama tidak diperlukan lagi…
Kukian meyamaimu….
rambut yang kian memutih
mula hilang kudrat diri
Kian diabai harga raga
Ada tikanya ditertawa anak pertiwi….
Bak si pikun kolot cacat tak bererti
Semak di mata Sesak di hati
Umpama tidak diperlukan lagi…
Bangun Adiwiraku….
Hidup
sering berlawanan
Umpama
ranum pastikan tua
Yang
hidup pasti berakhir mati
Namun ikhlas
menabur ilmu
Tetapkan subur hingga ke syurga
Tiada bicara yang pantas kuungkapkan
Terimakasih atas jasa-jasa mu
Kan kusemat abadi sepanjang hayat
Terimakasih Adiwiraku
Terimakasih atas jasa-jasa mu
Kan kusemat abadi sepanjang hayat
Terimakasih Adiwiraku
Terimkasih Adiperkasaku
Karya HJ.Ismail Salleh
26 April 2019
KOLEKSI ISMAIL SALLEH
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH BELURAN 2018
Pejabat Pendidikan Daerah Beluran sekali lagi diberikan kepercayaan oleh Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan 2018 yang dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Daerah Beluran : En. Nordin Daling bagi penyediaan persembahan tarian dan diklimasi puisi bertemakan " Sayangi Malaysia ". Saya telah terlibat untuk tugasan ini , menyediakan sebuah puisi yang bersesuaian dan melatih individu yang akan mendiklimasikan puisi tersebut secara duet. Saya paparkan puisi kemerdekaan ini untuk tatapan bersama :
Puisi Merdeka 2018
CINTA MALAYSIA
Tika kuhirup
ruang nyaman ini
sinar damai suria
pagi
hayati insan watani
celek senyum puas
terimbas di
wajah tawaddu
lantas…
kutelaah bicara
mereka
mengapa merdeka ?
perlu merdeka
lagi ?
sedang penjajah
sudah tiada…
semboyan bebas dan cita-cita
Teman…….
Ini cermin hidup
andai norma Ilahi kian
jadi budaya dan bukan
hukum
dipakai atau
dibuang semahunya
cinta dunia bikin jiwa haluba…
rakus membujur lalu..!
musnah melintang
patah..!
menghalal cinta morgana
memusnah hukum
Ilahi tentang
cinta Malaysia
cinta watan
cinta insan sejagat
Jika kau tanya
jiwa
tidakkah ini
flamboyan cinta?
lantaran mereka adun hamparan
ini
dengan batu
kelikir megah menancap
awan
agar dunia
iri…
agar alam
kagum…
watan ini
setanding maju
pasti pelabor bertali arus
mengagih dana
menyemarak usaha
gah bangsa Malaysia
Teman…..
Andai ikhlas
bersemi cinta
angkat Omar
khalifah jadi idola
insan takwa
meniti di malam
kelam
mencari si miskin
fakir
siap mengilik
gandum seguni
buat menghenti
tangis si bayi lapar
justeru …
bukan tembok
menjulang
jadi dambaan
sedang anak
watan
mengemis usaha
di bumi
sendiri
Jika kau
tanya akal
tidakkah ini tawakal ?
watan menuju
global
bandar kian
membesar
lorong jalan
melebar
berdiri megah
gedung dan kilang
buka ruang
amal
agar nafas sedut
rahmat
insan jelata
rasa nikmat
Teman……
hindari nasip si pandir
punya harta
di sita maling
si kaduk menang sorak kampong tergadai
sang lebai
malang khilaf buat pilihan
sedang algojo tetap damai
di tahta mahligai
tak pernah rasa
derita
menghulur ringgit
se kati
mengaut cukai segantang
gah membantu jagat
raya
anak di reban dhaif derita
walau setia
mengepit gulung
ijazah
tersengeh di warung jaja
merasa hiba
dek penghijrah kian timbun
berjuta
menyesak mata
merampas ruang kerja
Jika kau tanya pada
rasa
masih adakah
setia….
membela daulat
bangsa ?
sedang umara punya
kuasa
diperkasa eksekutif ternoda
menaungi dunia bangsa
dalam edaran
masa…
Teman……
tidak kan hilang nikmat
cinta
tidak lenyap
pemimpin cinta
dari dulu
dan kini ..
patah tumbuh hilang berganti
ini keramat cinta !
walau dimamah
usia
bisa gegar dunia rasa
bangun daya perkasa
mendaulat usaha waja
merejam dakyah gila
dengan iltizam
dan azam
mencoret pangkah
mutakhir
memulih negara bangsa
betapa hamba alpa
dibuai mimbar
indah
watan ini milik kita rupanya
pasti hamba
dukung ..!
falsafah harapan
merdeka dipertahan
makmur dirasa
semua rakyat merdeka
Teman…….
pe nuhi gelung
harapan ini
dalam jabat utuh
umara santun
dalam cita-cita suci
untuk mendaulat
hukum
membangun suci merdeka
walau ke sekian kali
ini merdeka cinta
ini cinta watan
cinta kali kedua …..Malaysia Merdeka KARYA NOVEL KE 4
TAJUK : MENYUSUR AROMA TAHMID Firdausi
SINOPSIS KARYA NOVEL
MENYUSUR AROMA TAHMID
Firdausi
Firdausi
Amira Wali ,40 tahun telah
diabaikan Taufik , seorang Timbalan Pengurus Ladang Successed Plantation di
daerah Sugut. Untuk tempoh lebih dari dua puluh empat bulan ,dia dan
anak-anaknya tidak pernah melihat ketua keluarga yang mereka hormati itu .
Perpisahan tanpa talak ini turut menggantung sama penyaluran nafkah zahir dan
batin kepadanya. Namun Amira terus tabah dan bersabar dari membuat sebarang
aduan atau untuk mengambil tindakan fasakh dari mahkamah syariah. Sehinggalah
kedua anaknya sendiri yang mendorong agar pengabaian itu dilapor kepada pihak
yang bertanggungjawab di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Justeru berdasarkan maklumat yang diperolehi kerabat
suaminya , Taufik telahpun bernikah dengan
seorang gadis ladang , bernama Roziah. Mereka
juga telah dikurniakan seorang cahaya mata . Betapa hancurnya perasaan Amira sehingga timbul
keazaman di hatinya untuk melanjutkan kehidupan
tanpa sentuhan seorang suami dan ayah
kepada kedua anaknya. Bagaimanapun kehidupan mereka wajib diteruskan dan
Taufik wajib memikul tanggungjawabnya. Di samping itu ,hubungan sesama manusia patut
dimeterai demi mendapatkan info-info yang dapat membantu dirinya menelusuri
gerabak hayat yang dipenuhi selautan belukar kelam. Amira akhirnya terjun dalam dunia keusahawanan. Dari mengusahakan
tanaman kecil-kecilan di belakang rumahnya, kemudian berjualan sayur di gerai ,
dia akhirnya membuka perkhidmatan menjahit
baju di premis perniagaan yang dibangunkannya di atas tanahnya sendiri .
Dia cuba menepis segala kemelut dan fitnah yang dicetuskan oleh Taufik dan
Ropli. Usahanya banyak dibantu oleh Fransis yang kemudiannya dikenali dengan
nama Ahmad Farhad , bekas teman sekelasnya yang bertugas sebagai hakim di mahkamah
anak negeri . Ahmad Farhad sering membakar semangatnya untuk bangun , juga
membantu menyelesaikan pelbagai persoalan yang dihadapinya. Sedang di dalam bab
psikologi pula , Amira turut terlibat memulihkan semangat Francis untuk terus
merealisasikan kehidupan setelah mengalami kemurungan kerana ditinggalkan
isteri dan anak yang tercinta. Sedang Taufik yang telah menceraikannya telah berubah menjadi seoarang lelaki liar
yang terbabit dengan jenayah dan maksiat . Malah Taufik juga sanggup untuk
menjatuhkan maruah bekas isteri nya sendiri , Amira. Betapa terpukulnya Amira
dengan sikap antigonis Taufik yang dibantu oleh Ropli , seorang pegawai
keselamatan yang cuba meneguk di air keruh dari setiap inci kelemahan yang
dimiliki mangsanya. Bagaimanapun berkat kesabaran dan bantuan Ahmad Farhad dan kedua anaknya , dia berjaya menapak ke mercu
singgahsana kehidupan yang diidamkan . Ahmad Farhad yang mendapat bimbingan
dari seorang tokoh agama telah membimbingnya bersama menyusur aroma tahmid untuk
kesempurnaan dunia dan akhirat.
26 Januari 2016
13 SEPTEMBER 2017
KANDUNGAN
Sinopsis
Kandungan
Bab 1 : Derita Dalam Ujian
Bab 2 : Kifarah
Bab 3 : Ikhtiar
Bab 4 : Rindukan Abah
Bab 5 : Berputik Rindu
Bab 6 : Hijab
Kalbu
Bab 7 : Wanginya Aromamu
Bab 8 : Khianat
Bab 9 : Dugaan
Bab 10: Majlis Kesyukuran
Bab 11 : Kemelut Cinta
Bab 12 : Tetamu Tidak Diundang
Bab 13 : Rujuk
Bab 14 : Ikatan Kasih
Bab 15 : Mengundang Celaka
Bab 16 : Walimatul Urusy
Bab 17: Kifarah
Bab 18: Berita Sedih Sahabat
Bab 19 : Kasih Seorang Suami
Bab 20 : Misteri Kehilangan Abah
Bab 21 : Amar Makruf
Bab 22 : Berbulan Madu
Bab 23 : Pertemuan
Bab 24 : Dunia Adalah Sementara
Bab 25 : Menyusur Aroma Tahmid
Firdausi
Biodata Penulis
Glosari
BICARA ICT MERDEKA
Suatu ketika dulu
Ketika penjajah menakluk bumi bertuah ini
mereka selidik sketsa dan hipotisis
Lalu ukuran SWOTjadi
pedoman
( Strength.Weaknesses.Opportunities
dan Threats )
Hingga tercipta keyakinan
Betapa jiwa , raga dan intelek
Mengatasi keupayaan diri
Anak bangsa peribumi
Satu bicara strategi informasi
Lihat pula golongan aristocrat
Mereka megah dan hidup
selesa
Atas restu penjajah
Sekadar berkokok si ayam
tambatan
Menyebar siaraya sang
penjajah
Kononnya mereka punya kuasa
luarbiasa
Punya upaya mendukung bangsa
terjajah
Lantaran memiliki ledakan
pencabut nyawa
lalu menghambat yakin sihulubalang
Apakah keris dan tombak
Melayu
Bisa memulakan sengketa
?
Ini informasi propaganda penjajah
Lihat telegrafi milik pemerintah
Dering telefon merentas
benua
Radio bercerita berlipurlara
Menzahirkan maklumat suka
dan duka
Soldadu mereka bisa bertindak
menghapus pejuang yang
didakwa derhaka
Tiada yang terlepas
Terbunuh atau dibuang daerah
Bicara teknologi bermaklumat
penjajah
Akhirnya Melayu menyusun langkah baru
Teknologi dan informasi menjadi arena
Berpadu siintelek dan cendikiawan
Memaparkan rencana ,puisi dan cerita sensasi
Di media cetak dan dada-dada
akhbar
membakar semangat juang anak watan
menolak Malayan Union 48
Demi kedaulatan raja dan bangsaMelayu
Satu peranan informasi baru
Satu era baru dalam pilihanraya
tokoh pilihan dijulang
media
Perikatan mendapat tempat
keupayaan daulah merintis
merdeka
Federation of Malaya 57
Rahman menjadi pemimpin utama
Mengangkat suara rakyat
Memimpin bangsa berdaulat
ini informasi bangsa
merdeka
Tahun 63 bergegar megah
Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia
20 otonomi merdeka
dimeterai dalam ikatan kusam sejarah
agar menjadi pedoman tiap anak watan
untuk menilai intan dan
kaca
supaya tiada yang sengketa
apa lagi yang bangun derhaka
pada kuasa yang cabuli fakta
lantaran taat si Tuah
dek bertaut sejarah dan salasilah
tidak kan hamba menderhaka sultan tercinta
satu informasi sejarah merdeka
Namun kita yang berdiri
di bumi mercu Kinabalu ini
menghala ke Barat Laut
membudaya gelombang lepas
norma Sulu dan Celebes
di sini insan perlu utuh
untuk sejehtera wajib sepakat
lantaran hukum penuh toleransi
tiada istimewa si anak watan !
tiada kezaliman pada anak
emas
walau masih pelat tutur bicaranya!
siapa juga bisa tersenyum
lantaran kerja dan peluang yang ada
dapat dikongsi sekata
ini informasi realiti kita
Ini slogan Kinabalu merdeka
menjadi fakta mempertahan wibawa
agar berdiri sama tinggi
duduk sama rendah
di kalangan rakyat jelata
walau dhaif di bumi Titiwangsa
tak kan sama dhaif tegar di bumi sendiri
andai Jebat derhaka menghambat kezaliman
tidakkan salah menjunjung
demokrasi merdeka?
lantas berpaut pada panji-panji utuh
berpaksi falsafah setia , adil dan saksama
walau insan sejagat dimakmurkan
hak anak watan tetap didaulatkan
menepati sumber Sang Pencipta
Negara nan mendapat keampunan Ilahi jua
Ini bicara Informasi merdeka
Kini
era Melinium
Teknologi media kian melebar
akhbar dan media cetak bagai diabai
internet kian mengambil tempat
maklumat global berketik di hujung jari
lantas tiap diri siap menjadi wartawan
berlumba menyemarak maklumat
jadi pakar semua bidang
pabila maklumat diviralkan
bagai tercengang datuk di gubuk buruk
Apa yang disebar kisah sebenar ?
Dulu dia tidak begitu!
Tidakkah ini cerita sensasi?
Itu bicara
teknologi baru
Wahai jiwa merdeka
walau teknologi melangkaui fakta dan realiti
walau diri tersembunyi dari umpat dan hukum
namun pahala dan dosa
mendasari benar dan salah
hukum Ilahi tidak pernah lari
dari dunia sampai akhirat…
perbanyak yang baik dari
yang keji
ini bicara merdeka jiwa yang MERDEKA
Karya :
ISMAIL BIN SALLEH. 2017
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Beluran 2017 di sambut bersama Pengarah Pendidikan Negeri ; Datuk Hajah Maimunah bt. Hj.Suhaibol
Tanggal
Keramat 16 September bagi warga guru khasnya di Daerah Beluran turut
dimeriahkan dengan diklimasi puisi yang dipersembahkan oleh Hj. Ismail
bin Hj. Salleh bersama pasangannya Pn. Nurbaya bt Hj. Baharudin.
Rangkaian Puisi
Pahlawanku
Cikguku
Jika dunia kami kosong
tak pernah terisi
rasa hanya ada warna hampa , gelap
tak bisa apa-apa, tak bisa ke mana-mana
Tapi kini dunia kami penuh warna
dengan goresan garis-garis , juga kata
yang dulu hanya jadi mimpi
Kini segalanya nyata
hasil ajaranmu
tentang warna indah
tentang garis yang harus dilukis
juga tentang kata yang harus dibaca
engkau seorang pejuang
bangsa bisa membina watan
sudah sirna bisik yang tak mungkin
Engkau umpama sinar
menahan dunia jadi beku...bisu
pelangi tidak terpancar
kehidupan tidak terpimpin
di saat kegalauan menghampiri
terlihat titik cahaya yang kami cari
tampak pada sudut-sudut bibirmu
kau sinari jejak jalan buntu
engkau terangi dengan lantera ilmu
tidak akan sirna diterpa angin usia
Cikgu ku
engkau tak mengharap balas
tatkala kami menekuni bicaramu
engkau tak pernah mengeluh
justeru kami mengenal warna indah
tentang garis lakaran
juga bait prosa yang mahu dibaca
Maafkan kami andai buat mu kecewa
jasamu akan kami semat abadi
di sepanjang hayat ini
Terima kasih cikgu
engkau berbekalkan ikhlas
engkau lalui detik-detik hidupmu
dalam sabar dan tawakal
sekuntum doa kami tadah
munajat pada yang kuasa
yang berhak membalas segala jasa
agar cahaya Ilahi
kekal menerangi pusara
juga hayat di alam barzakh...
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Beluran 2017 di sambut bersama Pengarah Pendidikan Negeri ; Datuk Hajah Maimunah bt. Hj.Suhaibol
Tanggal Keramat 16 September bagi warga guru khasnya di Daerah Beluran turut dimeriahkan dengan diklimasi puisi yang dipersembahkan oleh Hj. Ismail bin Hj. Salleh bersama pasangannya Pn. Nurbaya bt Hj. Baharudin.
Rangkaian Puisi
Pahlawanku
Cikguku
Jika dunia kami kosong
tak pernah terisi
rasa hanya ada warna hampa , gelap
tak bisa apa-apa, tak bisa ke mana-mana
Tapi kini dunia kami penuh warna
dengan goresan garis-garis , juga kata
yang dulu hanya jadi mimpi
Kini segalanya nyata
hasil ajaranmu
tentang warna indah
tentang garis yang harus dilukis
juga tentang kata yang harus dibaca
engkau seorang pejuang
bangsa bisa membina watan
sudah sirna bisik yang tak mungkin
Engkau umpama sinar
menahan dunia jadi beku...bisu
pelangi tidak terpancar
kehidupan tidak terpimpin
di saat kegalauan menghampiri
terlihat titik cahaya yang kami cari
tampak pada sudut-sudut bibirmu
kau sinari jejak jalan buntu
engkau terangi dengan lantera ilmu
tidak akan sirna diterpa angin usia
Cikgu ku
engkau tak mengharap balas
tatkala kami menekuni bicaramu
engkau tak pernah mengeluh
justeru kami mengenal warna indah
tentang garis lakaran
juga bait prosa yang mahu dibaca
Maafkan kami andai buat mu kecewa
jasamu akan kami semat abadi
di sepanjang hayat ini
Terima kasih cikgu
engkau berbekalkan ikhlas
engkau lalui detik-detik hidupmu
dalam sabar dan tawakal
sekuntum doa kami tadah
munajat pada yang kuasa
yang berhak membalas segala jasa
agar cahaya Ilahi
kekal menerangi pusara
juga hayat di alam barzakh...
DIKLIMASI PUISI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAERAH BELURAN 2016
MERDEKA
Karya : ISMAIL HJ. SALLEH
DIKLIMASI PUISI SEMPENA MAJLIS REUNION BERSAMA MENTERI PENDIDIKAN 2016
SENJA KU
SENDIRI
Karya Ismail HJ. Salleh
06.Disember 2016
DI SENJA BEGINI
TATKALA KU
SENDIRI
TERIMBAU
DETIK SILAM
KUBERSAMA KAWAN
SETIA
KUDAKAP TEMAN TERCINTA
MENGIMARAH
KHIDMAT SUCI
MEMBIMBING ANAK
DIDIK
DI SUDUT DESA
DETIK ITU
AKU BERGELAR PENDIDIK
BERSAMA PULUHAN
KAWAN
SILIH BERGANTI
DI KELILINGI
RATUSAN
ANAK DIDIK
BERTALI ARUS
TAHUN BERTAHUN
KETIKA SENJA
BEGINI
TATKALA AKU
SENDIRI
KU DALAM
DAKAPAN KELAM
TIADA KAWAN
SETIA
TEMAN
SEJIWA JUGA PERGI
MENDAHULUI
JEJAK HAYATI
ANAK ENTAH DI MANA
MENGURUSI
KESEBOKAN
MILIKNYA
SENDIRI
TAPI SENJA INI
KUTERPEGUN
DEK PANORAMA
INDAH
PERTEMUAN GEMILANG
ANTARA RAGA NAN MELATA
MENGIMBAU KAWAN
DAN ANAK DIDIK
SAMA MEMAPAH
BERTONGKAT CITA
DENGAN WAJAH
DIMAMAH USIA
MEMUPUK
SEMANGAT JIHAD
DALAM ULITAN
MAHABBAH
DEMI CINTAMU
RABBII
KU TERKASIMA DALAM
SYUKUR SANG FAKIR
DI SINI
ADA PEMIMPIN , KORPORAT JUGA ILMUAN
BERJABAT BERTANYAKAN KHABAR
TENTANG KELUARGA
DAN KERJA
TENTANG KISAH
LAMA
MENGUNGKAP
NOSTALGIA INDAH
KISAH
SENANG SESAMA KAWAN
CERITA CINTA
BERSAMA TEMAN
SENJA INI KAN
BERLALU
MENCIPTA SEJARAH ABADI
ENTAH INI YANG
PERTAMA
ATAU JABAT TERAKHIR KU BERSAMA
KU KAN TETAP
KEMBALI
SENDIRI LAGI MENGABDI DIRI
TANPA TEMAN SETIA
TANPA ANAK
TERCINTA
SENJA NAN SETIA
TATKALA KU
BERSAMAMU
KU KAN DIULIT
KISAH LAMAKU LAGI
BETAPA GEMILANG
HARGA DIRI
AKHIRNYA
KUTINGGALKAN PERGI
KU KAN SETIA
MENANTI
BERTEMU KADAR
DAN JANJI
SINOPSIS
Novel : Pabila
Rindu Berpaut , karya ISMAIL BIN HJ.
SALLEH, Memaparkan
kisah seorang pemuda berpendidikan ,
bernama Syaari Ahmad Lotfi yang telah melanjutkan pencariannya untuk
memburu rahsia suatu kehidupan yang sebenar . Setelah menamatkan
pengajian
PhDnya , dia telah meneruskan perjalanan berkerjaya di dalam berbagai
bidang yang menjanjikan
pendapatan yang mampu menyara
kehidupannya di ibu kota Negeri Di Bawah lindungan Bayu. Begitu berbagai
pengalaman
yang ditemuinya , telah menjebak dirinya
secara serius menghampiri
jejak-jejak perjalanan golongan
sufi yang dibimbing oleh seorang guru kesufian yang mursyid bernama Pak
Murad ,
seorang insan yang bersikap sederhana namun memiliki mentaliti
agamanya
yang kukuh dan konsisten.Tokoh ini
rupanya mempunyai jalinan sejarah silam dengan Prof. Mansor dan
isterinya Kamariah ,tiga sahabat akrab yang terlibat dalam cinta tiga
segi. Ketika
itu Murad telah melepaskan Kamariah untuk bernikah dengan Mansor secara
sah
demi memelihara kesucian Iman dari dicemari noda dan maksiat . Segala
peristiwa
tersebut telah memberikan kesungguhan pula pada Syaari untuk membina
kekuatan dalam
dirinya . Dia telah menjalin hubungan dengan Jeany anak Datuk Rapol
Stevon , seorang tokoh tempatan yang berjaya dan bermukim di Mensilau
Kundasang. Namun pada masa yang sama . rentetan pelbagai
peristiwa yang dilaluinya turut membuka
sama tautan cinta di antara beberapa
pasangan yang mempunyai jalinan perhubungan dengan perjalanan hidupnya :
keintiman
cinta antara Lawrence dengan Rohayu ,
benih kerelaan antara Pak Murad dengan
Puan Kamariah , juga antara Prof. Mansor dengan isteri keduanya , Puan
Zawiyyah dan dua orang puteranya. Ikutilah kisah yang dipaparkan novel
PABILA RINDU BERPAUT .

Sepojok Tinta Setulus Cinta
“Untuk Isteri dan
anak-anakku…..,
kehidupan di dunia ini
adalah suatu pengabdian insan yang
akan melaksanakan suatu tuntutan murni
yang digariskan oleh Hukum Fithrah Ilahi. Kemurniannya pasti akan
terserlah andai tuntutan itu dilaksanakan diri secara istiqamah dalan nilai
reda seorang hamba yang bersyukur. Untuk menikmatinya harus pula melalui laluan
ranjau yang dipenuhi onak dan duri ,
mendepani suatu hamparan noda yang merangsang gelora nikmat khayali. Namun di dalam
laluan derita itu sesungguhnya mencorakkan tinggalan jejak-jejak para Wali
Allah yang telah menyempurnakan ujian yang diserlahkan Tuhan Yang Maha Esa
kepadanya. Justeru untuk memperkatakan kita telah beriman tidaklah semudah kita menggerakkan bicara lidah yang dialuni
nafsu dengan nilai egois insan mazmumah. Lantaran yang teramat susah
dikendalikan adalah penentuan hidup yang tidak berpedomankan peraturan Ilahi.Di
situ sepapar Rindu Yang Berpaut
yang menggamit suatu cetusan pengabdian
yang berpanjangan dengan Rabbul Alamin sehingga ke Yaumil
Mahsyar….” Demikian kenangan abadi
pada kedua ibu dan bapaku yang telah
kembali ke Rahmat Ilahi , rentetan halwa rindu ini akan sentiasa menerbitkan iringan hadiah
Al Fatihah dan doa seorang anak sehingga
ke akhir hayatku.

Sepojok Tinta Setulus Cinta
“Untuk Isteri dan
anak-anakku…..,
kehidupan di dunia ini
adalah suatu pengabdian insan yang
akan melaksanakan suatu tuntutan murni
yang digariskan oleh Hukum Fithrah Ilahi. Kemurniannya pasti akan
terserlah andai tuntutan itu dilaksanakan diri secara istiqamah dalan nilai
reda seorang hamba yang bersyukur. Untuk menikmatinya harus pula melalui laluan
ranjau yang dipenuhi onak dan duri ,
mendepani suatu hamparan noda yang merangsang gelora nikmat khayali. Namun di dalam
laluan derita itu sesungguhnya mencorakkan tinggalan jejak-jejak para Wali
Allah yang telah menyempurnakan ujian yang diserlahkan Tuhan Yang Maha Esa
kepadanya. Justeru untuk memperkatakan kita telah beriman tidaklah semudah kita menggerakkan bicara lidah yang dialuni
nafsu dengan nilai egois insan mazmumah. Lantaran yang teramat susah
dikendalikan adalah penentuan hidup yang tidak berpedomankan peraturan Ilahi.Di
situ sepapar Rindu Yang Berpaut
yang menggamit suatu cetusan pengabdian
yang berpanjangan dengan Rabbul Alamin sehingga ke Yaumil
Mahsyar….” Demikian kenangan abadi
pada kedua ibu dan bapaku yang telah
kembali ke Rahmat Ilahi , rentetan halwa rindu ini akan sentiasa menerbitkan iringan hadiah
Al Fatihah dan doa seorang anak sehingga
ke akhir hayatku.
Asraf , seorang graduan yang telah berkhidmat sebagai
akauntan di Jabatan Perhutanan Negeri amat rapat hubungannya dengan kuasa dan
aliran wang yang tidak menentu . Justeru bukan harta dan kedudukan yang ingin
diperolehinya di dalam kehidupan , malah serangkai cinta
asrar terhadap keagongan Tuhan Yang Maha Esa. Setelah bernikah
dengan Nuur Syahidah , seorang pendidik yang amat mementingkan
kehalusan dan reda Tuhan , Asraf berhenti dari kerjayanya yang kontradiksi
dengan kemurnian hukum Ilahiah. Dia kemudiannya terjun dalam
dunia pembinaan dan perkhidmatan sehinggalah ke tahap ia
memiliki syarikatnya sendiri . Usaha beliau tidak terhenti di
dalam daerahnya sahaja , malah terus memburu apa juga peluang yang bisa
mewarnai kehidupannya sekeluarga. Dia terlibat dalam
perniagaan gelap : eksport dan import dengan usahawan dari negara
Indonesia dan Filipina . Lebih jauh dari itu Asraf juga turut terlibat dengan
aktiviti pelaburan alam ghaib yang banyak menjejaskan
ekonomi keluarganya , di samping pembabitannya mencari harta karun
peninggalan Jepun yang tertanam di berbagai lokasi di bumi Sabah.
Lantaran kerjaya ini turut membabitkan sama kemahiran dan kekuatan
amalan kebatinan , Asraf bersama dua orang rakannya : Nazrul dan
Johnny , telah mendekati amalan ilmu Tariqat dan Makrifatullah secara
mendalam . Ini memberikannya impak kekuatan menghadapi keseriousan penyakit
daibetesnya . Tatkala kakinya hendak dipotong oleh pakar perubatan
, dia menghilang dan menyusur jejak para kiyai di negara tetangga , Indonesia
. Akirnya dia menemui apa yang dicarinya . Dengan bimbingan Pak Kiyai Haji
Hasanuddin , dia melakukan tahannus di sebuah pondok di tepi
sungai Hirang , demi mematuhi disiplin mengubati penyakitnya , sekaligus
mendalami ilmu Mukasyafahnya. Kembalinya Asraf untuk menemui
isteri dan anak-anaknya , membawa bersama suatu falsafah kehidupan
: Tidak berlaku sesuatu apa pun di dunia ini melainkan dengan izin Allah
S.W.T juga. Kefahaman mengenainya sudah pasti akan memantapkan
pula cinta asrar seorang hamba teradap Khaliqnya.
|
Ulasan Peribadi Penulis:
Untuk menerbitkan novel Epilog Cinta Asrar
ini, saya berhadapan dengan dua penilaian Ilmiah daripada Dewan
Bahasa dan Pustaka. Pertama penilaian
dari aspek Bahasa dan Sastera .Kedua penilaian dari sudut agama
berlandaskan pegangan dan prinsip ahli Sunnah Wal
Jamaah. Justeru saya meletakkan novel ini sebuah hasil karya Sastera
bersifat ilmiah. Penceritaan watak dari kalangan masyarakat
bangsa itu adalah sastera dan penyelongkaran setiap frasa penceritaan
dengan
mengambil idea-idea dari Al Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW , menjadikan
cerita ini dilabelkan sebagai sastera beridentitikan Islam dan keagamaan.
Agak janggal bercerita suatu fakta dalam masyarakat
jika tidak dititipkan dengan bukti demi untuk mengukuhkan
penceritaannya. Demikian juga pada pemaparan hukum yang dikaitkan oleh penulis terhadap sesuatu watak di dalam cerita dengan memasukkan rujukan untuk memaparkan
ketelusan dalam penceritaan dan mengajak pembaca meneliti kebenaran cerita yang disampaikan .
Merujuk kepada pemaparan berbagai penceritaan di dalam novel Epilog Cinta Asrar ini , penulis banyak mengaitkannya dengan ayat-ayat Al Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW sebagai nota kakinya. Umpamanya apabila penulis ingin mengetengahkan kehebatan Selawat Tafrijiyyah berdasarkan kefahaman setengah-setengah ulama di Nusantara ini. Lalu penulis gabungkannya dengan watak-watak utama di dalam novel. Hasrat di hati sekadar memurnikan perjalanan cerita dengan pemaparan nilai-nilai terpuji yang sangat dituntut oleh setengah-setengah ulama yang mengasihi Rasulullah SAW.
Maaf dipinta , tindakan ini telah ditolak oleh editor yang menolak selawat-selawat yang mereka anggap berlebihan. Mereka beralasan bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah manusia biasa walaupun beginda bertaraf Rasul. Justeru beginda tidak berhak dipuji berlebihan seperti yang sering dialunkan dalam Selawat Nariah, Selawat Nuuraniah, Selawat Faatih , Selawat Nuurin Anwaar , Selawat Tibbil Qulub , Doa Nuurun Nubuwwah dan seumpamanya. Malah terdapat lebih 10 catatan di dalam novel ini yang dikaitkan terkeluar dari akidah Islam Ahlul Sunnah Wal Jemaah. Ini yang menyebabkan Epilog Cinta Asrar dibekukan hampir setahun di atas meja editor DBP Kuala Lumpur . Lalu saya dihubungi oleh DBP Cawangan Sabah agar bahagian-bahagian tertentu perlu dikemaskinikan sebelum ia layak untuk diterbitkan.
Sudah amat pasti saya bukan seorang ilmuan. Sedang dalam penulisan ini juga baru di peringkat permulaan. Tidak banyak pula menghafal ayat-ayat Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Saya sekadar senang untuk mengemukakan idea-idea seperti itu lantaran taraf Rasulullah SAW itu adalah kekasih Allah. Allah suruh kita berselawat kepada kekasihNya . Justeru selawat itu disusun oleh ulamak-ulamak terdahulu yang sangat tinggi pengetahuan ilmu agama mereka dan sangat halus pula kerinduan mereka terhadap Rasulullah SAW , sang kekasih Allah.
Bagaimanapun rasanya semua keadaan yang berlaku ini bagaikan pertanda buruk pada buku saya yang kedua ini. Apa tidaknya, setelah buku ini diterbitkan , berlaku pula pergeseran antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan syarikat penerbitannya sendiri . Akhirnya Epilog Cinta Asrar dikuarantin di dalam khazanah kusam dan dilelong di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan harga RM 2.00 ke RM 5.00. Bagaimana hibanya hati seorang penulis dengan tindakan yang merugikan ini. Kenapa tidak setiap penulis dihubungi sendiri oleh DAWAMA agar membeli kesemua buku mereka dengan harga lelong ?. Setelah sepuluh tahun berlalu , Epilog Cinta Asrar saya temui di sebuah kedai buku di Kota Kinabalu dan saya mendapatkannya dengan harga RM 28.00 senaskah.
Terbayang kembali kandungan surat dari Perpustakaan Negara pada tahun 2013 dulu yang menolak untuk membeli " Epilog Cinta Asrar" . Alasan yang diberikan kepada saya kerana novel seumpama ini sudah banyak terdapat di dalam pasaran. Alhamdulillah , yang penting saya mendapat maklumat yang benar dan hakiki bahawa Perpustakaan Negara sangat mengambilkira citarasa dan kualiti setiap buku bacaan yang mereka beli . Justeru seorang penulis baru mesti terus berusaha untuk mencari idea-idea hebat yang akan mengangkat mutu karya mereka bagi membolehkan ia laris di pasaran terbuka.
Bagaimana pun juga, kedua faktor di atas antara penyebab yang sangat menghambat naluri dalaman setiap penulis apabila buku mereka terbiar begitu sahaja. Sesebuah karya yang dihasilkan justeru memerlukan pengorbanan yang kental dari seseorang penulis. Andainya hasil kreatif ini dapat diterima oleh institusi utama dalam media bacaan seperti perpustakaan negara , ianya pasti dapat membantu memberikan sedikit pulangan yang berguna kepada penulis. Demikian seadanya pemasaran yang berkesan dari DBP sendiri bagi memastikan kesemua karya intelek ini dapat ditemui oleh para peminat sastera di seluruh pelusuk negara. Tidaklah timbul rungutan , pembaca tidak tahu di mana mahu beli buku-buku sastera terbitan DBP yang telah diterbitkan.
Merujuk kepada pemaparan berbagai penceritaan di dalam novel Epilog Cinta Asrar ini , penulis banyak mengaitkannya dengan ayat-ayat Al Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW sebagai nota kakinya. Umpamanya apabila penulis ingin mengetengahkan kehebatan Selawat Tafrijiyyah berdasarkan kefahaman setengah-setengah ulama di Nusantara ini. Lalu penulis gabungkannya dengan watak-watak utama di dalam novel. Hasrat di hati sekadar memurnikan perjalanan cerita dengan pemaparan nilai-nilai terpuji yang sangat dituntut oleh setengah-setengah ulama yang mengasihi Rasulullah SAW.
Maaf dipinta , tindakan ini telah ditolak oleh editor yang menolak selawat-selawat yang mereka anggap berlebihan. Mereka beralasan bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah manusia biasa walaupun beginda bertaraf Rasul. Justeru beginda tidak berhak dipuji berlebihan seperti yang sering dialunkan dalam Selawat Nariah, Selawat Nuuraniah, Selawat Faatih , Selawat Nuurin Anwaar , Selawat Tibbil Qulub , Doa Nuurun Nubuwwah dan seumpamanya. Malah terdapat lebih 10 catatan di dalam novel ini yang dikaitkan terkeluar dari akidah Islam Ahlul Sunnah Wal Jemaah. Ini yang menyebabkan Epilog Cinta Asrar dibekukan hampir setahun di atas meja editor DBP Kuala Lumpur . Lalu saya dihubungi oleh DBP Cawangan Sabah agar bahagian-bahagian tertentu perlu dikemaskinikan sebelum ia layak untuk diterbitkan.
Sudah amat pasti saya bukan seorang ilmuan. Sedang dalam penulisan ini juga baru di peringkat permulaan. Tidak banyak pula menghafal ayat-ayat Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Saya sekadar senang untuk mengemukakan idea-idea seperti itu lantaran taraf Rasulullah SAW itu adalah kekasih Allah. Allah suruh kita berselawat kepada kekasihNya . Justeru selawat itu disusun oleh ulamak-ulamak terdahulu yang sangat tinggi pengetahuan ilmu agama mereka dan sangat halus pula kerinduan mereka terhadap Rasulullah SAW , sang kekasih Allah.
Bagaimanapun rasanya semua keadaan yang berlaku ini bagaikan pertanda buruk pada buku saya yang kedua ini. Apa tidaknya, setelah buku ini diterbitkan , berlaku pula pergeseran antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan syarikat penerbitannya sendiri . Akhirnya Epilog Cinta Asrar dikuarantin di dalam khazanah kusam dan dilelong di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan harga RM 2.00 ke RM 5.00. Bagaimana hibanya hati seorang penulis dengan tindakan yang merugikan ini. Kenapa tidak setiap penulis dihubungi sendiri oleh DAWAMA agar membeli kesemua buku mereka dengan harga lelong ?. Setelah sepuluh tahun berlalu , Epilog Cinta Asrar saya temui di sebuah kedai buku di Kota Kinabalu dan saya mendapatkannya dengan harga RM 28.00 senaskah.
Terbayang kembali kandungan surat dari Perpustakaan Negara pada tahun 2013 dulu yang menolak untuk membeli " Epilog Cinta Asrar" . Alasan yang diberikan kepada saya kerana novel seumpama ini sudah banyak terdapat di dalam pasaran. Alhamdulillah , yang penting saya mendapat maklumat yang benar dan hakiki bahawa Perpustakaan Negara sangat mengambilkira citarasa dan kualiti setiap buku bacaan yang mereka beli . Justeru seorang penulis baru mesti terus berusaha untuk mencari idea-idea hebat yang akan mengangkat mutu karya mereka bagi membolehkan ia laris di pasaran terbuka.
Bagaimana pun juga, kedua faktor di atas antara penyebab yang sangat menghambat naluri dalaman setiap penulis apabila buku mereka terbiar begitu sahaja. Sesebuah karya yang dihasilkan justeru memerlukan pengorbanan yang kental dari seseorang penulis. Andainya hasil kreatif ini dapat diterima oleh institusi utama dalam media bacaan seperti perpustakaan negara , ianya pasti dapat membantu memberikan sedikit pulangan yang berguna kepada penulis. Demikian seadanya pemasaran yang berkesan dari DBP sendiri bagi memastikan kesemua karya intelek ini dapat ditemui oleh para peminat sastera di seluruh pelusuk negara. Tidaklah timbul rungutan , pembaca tidak tahu di mana mahu beli buku-buku sastera terbitan DBP yang telah diterbitkan.
Justeru itu , novel Epilog Cinta Asrar wajar dibaca oleh peminat-peminat sastera tanahair. Saya berkeyakinan cerita yang dipersembahkan adalah berbeza dengan cerita-cerita novel yang ada di pasaran. Lokasi penceritaan adalah meliputi ruang bumi Sabah dan Indonesia. Kesemua insiden , mistik dan amaliah yang dipaparkan adalah berdasarkan paparan sebenar yang ditemui oleh penulis sama ada melalui temubual dan pengamatan . Terserah kepada pembaca untuk menilainya kembali ....
Harga Buku : RM 28.00
Gambar Kenang-Kenangan : Selepas menerima Anugerah Sastera Negeri Sabah 2008/2009 Genre Novel ( IRADAT ).Bergambar bersama-sama dengan Datuk Arifin Arif (yang mewakili Tuan Yang Terutama Yang DiPertuan Negeri Sabah ) dan para pemenang lain. Blogger berbatik hijau , berdiri di sebelah kanan sekali. |
SINOPSIS

Novel IRADAT karya Ismail Hj Salleh , terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2008 adalah karya pertama saya dan berjaya pula memenangi Anugerah Sastera Sabah Genre Novel melepasi 9 peserta yang lain. Menurut pandangan Pengerusi BAHASA En. Jasni Matlani semasa pelancaran buku ini di Dewan Masyarakat Sandakan pada Jun 2010 , IRADAT mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam menampilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sebenar masyarakat majmuk Malaysia. Menurut Matlani lagi ianya adalah setanding dengan penampilan novel-novel lain bercirikan Islam yang telah ditulis oleh penulis-penulis nasional lain , juga daripada penulis negara tetangga . Novel ini mengetengahkan tema pengorbanan seorang suami yang sanggup melepaskan isterinya yang tercinta semata-mata untuk memberi peluang kepada wanita itu mengikat kembali bibit percintaan dengan bekas kekasihnya yang berhasrat membina kembali istana bahagia bersamanya . Cerita ini mengetengahkan satu persoalan yang konflik dan kontraversial....apakah tindakan tokoh utama ini tepat dan tidak keterlaluan?. Namun apakah bisa tercipta reda tanpa kesefahman dan cinta yang sering bertaut antara keduanya? Ikutilah kisah IRADAT , novel yang menerima Anugerah Sastera Sabah bagi tahun 2008/2009.
Novel edisi kedua ini adalah bingkisan kreativiti saya dalam arena penulisan yang terkubur sejak tahun 1983. Setelah melalui satu perjalanan yang kelam , saya mencuba untuk mezahirkan kekecewaan itu lewat coretan ayat-ayat sastera di dalam sebuah karya puisi , cerpen atau novel.
Harga Buku : RM 17.00
( Harga Pasaran Kedai DBP )
4 comments:
Mantap..
terbaik
mencari ismail saleh penulis novel badan bertuah 1974.
Post a Comment