Ismail bin Hj. Salleh
Januari 01.2019
UMNO SABAH FAKIR PEMIMPIN..?
Setelah mengharungi kegemilangan lebih 17 tahun lamanya di negeri Di Bawah Lindungan Bayu , kini UMNO Sabah didakwa kian menjadi sebuah parti fakir yang kehilangan kudrat dan mula dilupakan oleh sebilangan besar dari tokoh-tokoh politik Melayu di negeri ini. Kenyataan ini disandarkan kepada tindakan yang dilakukan oleh Datuk Hajiji Mohd Noor bersama 13 wakil rakyat dan 21 Ketua Bahagian lain meninggalkan parti itu dan mengisytiharkan menjadi ahli bebas pada 13 Disember 2018.Hakikatnya peristiwa seperti ini bagai telah dijangkakan berlaku oleh rakyat negeri Sabah justeru sejarah tokoh-tokoh politik tempatan yang sangat sinonim dengan amalan lompat melompat parti setelah keputusan pilihanraya diumumkan.
Justeru detik malang ini telah melakar catatan sejarah UMNO Sabah , di mana Datuk Hajiji mengetuai 9 ADUN lain yang terdiri dari Datuk Musbah Jamli ( Tempasuk) Datuk Japlin Akin (Usukan ), Datuk Ghulam Aliasnih( Klias) , Matbali Musah ( Lumadan ), Datuk Seri Masidi Manjun ( Karanaan ) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ( Apas ) telah mengisyaratkan keluar UMNO secara rasminya.
Turut sama dalam gabungan keluar parti ini ialah 4 ahli Parlimen lain iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri ( Kudat), Datuk Azizah Mohd Dun ( Beaufort ) , Datuk Seri Ronald Kiandee( Beluran ) dan Datuk Zakaria Mohd Edris ( Libaran). Diiringi oleh 2 lagi Senator iaitu Datuk John Ambrose yang juga Ketua UMNO Bahagian Penampang serta Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin yang mengetui UMNO Bahagian Pensiangan . Sementara Datuk James Ratib (Sugut ) , Datuk Bolkiah Ismail (Pitas ) , Datuk Limus Jury ( Kuala Penyu )dan Datuk Masiung Banah ( Kuamut ) terlebih dahulu telah menyeberang ke Parti UPKO yang dipimpin oleh Datuk Madius Tangau sebaik kegagalan mereka untuk menyertai parti Warisan di bawah kepimpinan Datuk Syafie Afdal.
Ketika menyaksikan peristiwa demi peristiwa yang berlaku , dapat dirasakan keinginan rakyat negeri Sabah yang sentiasa bersama untuk terus menyokong UMNO lantaran mentaliti mereka yang memandang jauh ke hadapan , demi mengharapkan sebuah negeri yang adil dan makmur . Namun mereka telah terpedaya dek telatah dan keangkuhan pemimpim yang mereka amanahkan ini . Justeru merekalah wakil-wakil rakyat ADUN dan Parlimen yang mereka pilih demi melanjutkan legasi bangsa yang merdeka . Rahsianya tidak lain dan tidak bukan lantaran semboyan perjuangan parti keramat UMNO yang kekal subur nun jauh di lubuk hati para pengundi.
Malah bayangan di dalam minda ahli-ahli UMNO adalah keupayaan para pimpinannya yang terdiri dari golongan terpelajar yang telah mendukung wawasan gemilang perjuangan bangsa sejak sebelum merdeka lagi . Kerana itu sesiapa juga calon mesti disokong dan dipilih walau mereka tahu belang puaka sering membayang di sebalik riak wajah anggun yang beraksi di depan mata mereka itu . Biarkan saja wasangka itu menjelma dan berlalu di telan masa . Demi UMNO dan demi Barisan Nasional yang menatang wadah pembangunan bangsa .
Demikianlah semangat barisan pejuang nasionalisma UMNO Sabah yang pada suatu ketika dulu pernah berdiri setia di belakang Almarhum Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun . Ketika itu mereka setia di bawah lembayung keramat parti USNO. Namun andai kata presiden yang dicintai " Beralihlah kita ke parti UMNO !. Ia adalah parti Melayu dari bumi Malaya. Ia didukung saudara-saudara tua sebangsa dan seagama kita yang setia dan berusaha. Saya yakin , UMNO dapat menyatukan kita di negeri ini . Semangat USNO pasti akan kita bawa bersama ke dalam UMNO " ujar Almarhum Tun Datu Haji Mustapha bersemangat . Maka dengan linangan air mata terharu , seluruh jentera pentadbiran USNO tunduk patuh dan kian bersemangat melangkah ke dalam kepepimpinan UMNO berwajahkan anak-anak watan USNO sendiri.
Apabila ditanya berbagai persoalan yang berlaku di dalam negara , ternyata para pengundi UMNO adalah warga yang matang dan setia berbanding para pemimpinnya sendiri yang kian tamak dikelabui kuasa . Tiada siapa yang tidak tahu berbagai muslihat jenayah dalam kerajaan ketika itu ? Sejak sebelum Pilihanraya Umum ke 14 lagi , rakyat nun di pedalaman Labuk dan Sugut sekalipun tahu betapa BRIM itu adalah ole-ole serpihan dana yang disunglap . Masyarakat kampung sedia maklum tentang 1MDB dan mengetahui kisah-kisah tentang wang negara yang diseleweng. Orang Sabah pun tahu juga tentang jenayah menteri-menteri utama kita sama ada yang berlaku di Sabah dan demikian juga yang berleluasa di Semenanjung Malaysia.
Bagaimanapun amat jarang dari mereka yang mahu menjadi juara untuk melakukan hebahan tentang cerita-cerita tersebut secara terbuka . Bala-bala tertangkap , diri dan keluarga sendiri juga yang kelak yang akan menderita. Bagus diam-diam saja , sebab orang atasan itu punya aurah dan kuasa untuk mengeksploitasi hukum dan undang-undang negara . Kalau jalan berlobang kian mendalam dari Jalan Telupid ke Beluran dan sering menghambat tayar-tayar kereta kancil di waktu malam , namun tiada siapa yang berani mengajukan saman pada kontraktor jalan yang dipercayai milik gelap orang kenamaan di negeri Sabah sendiri?. Tak kan lah pihak berwajib seumpama SPRM tidak mengetahuinya? Namun apakah mereka telah menjalankan siasatan rasuah dan salah guna kuasa lantaran kerja-kerja yang merugikan negara ini ?. Justeru ini adalah bukti bahawa diam itu adalah lebih baik dari melatah pada saluran yang tidak sepatutnya.
Jika bertegang urat mempertahankan hujah sekalipun , bukannya rakyat biasa dapat mengemukakan bukti-bukti kukuh yang boleh diperakui oleh undang-undangpun . Maklumat hanya didengar dari mulut ke mulut dan ia bersifat konon-konon yang diviral dan dilayangkan lewat media eletronik berleluasa . Tambahan pula , bukti penyelewengan itu turut disaksikan sendiri oleh individu di dalam penguatkuasaan. Umpamanya seorang pegawai keselamatan yang menyaksikan sendiri sesuatu jenayah di jalanan , pasti tidak memerlukan sebarang aduan dari orang ramai secara bertulis. Mereka perlu lebih berani untuk terus bertindak berdasarkan keupayaan dalam kondisi dan situasi yang dimiliki.
Kerana itu tidak ada faedahnya bertegang leher membabi buta menentang arus haireki organisasi . Nanti semasa hari penamaan , tokoh-tokoh itu jugalah yang terpilih menjadi calon-calon parti. Sama ada pengundi bersetuju atau tidak , keputusan organisasi wajib dihormati. Sudah tidak timbul alasan bahawa calon semasa menjawat jawatan YB bersifat tidak mesra rakyat. Atau mereka susah bertapak di kawasan masing-masing justeru kesebokan mereka lebih tertumpu di ibu negeri Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur. Hasrat untuk melihat keberadaan mereka menunaikan sembahyang jumaat di kawasan sendiri sekali dalam sebulanpun tidak pernah kesampaian !.
Bagaimanapun semasa meraih simpati untuk mendapatkan satu undi menjelang pilihanraya umum , pasti mereka setia bersengkang mata menemui rakyat sehingga ke siang hari . Pada perkiraan ahli-ahli UMNO , itu juga bersilaturrahim sifatnya yang dianggap positif . Walau sekali dalam tempoh lima tahun , ia sudah memadai bagi seorang ahli politik. Yang lebih diharapkan oleh rakyat adalah tindak-tanduk seorang pemimpin yang berupaya membawa kemajuan kepada negara.
Justeru ketika inilah masyarakat pengundi akan cuba mengambil kesempatan sebaik-baiknya. Kesemuanya berusaha untuk meraih wang jajan sekali dalam lima tahun .Apa juga laba yang dibuka di hadapan mereka , pasti tidak akan disia-siakan . Dalam tempoh 12 jam sebelum pembuangan undi , keheningan kelam dan kedinginan malam akan berubah menjadi keghairahan untuk mendapatkan agihan wang jajan 100 ke 200 ringgit untuk setiap pengundi . Ketika ini jugalah kita memaklumi perangai orang-orang kepercayaan parti/calon yang hilang jejak menyelamatkan dana yang sepatutnya diagihkan kepada ketua-ketua cawangan .Mereka umpama buaya lapar yang tidak mempedulikan hak seluruh ahli parti yang akan melakukan tanggung jawab membuang undi pada keesokan harinya. Bagaimanapun insiden seperti ini sudah dianggap lazim oleh calon-calon yang bertanding kerana mereka sendiri sentiasa peka menyusun strategi sebagai persediaan seandainya kecundang di dalam pertarungan kelak.
Begitulah relanya hati rakyat untuk memperkasakan kemerdekaan dan demokrasi negara. Wang bukan segala-galanya untuk mereka . Sama ada menerima wang keringat rm 100 atau langsung tiada , mereka tetap bergerak menuju ke dewan pembuangan undi untuk melaksanakan kewajiban mereka . Bagaimanapun tatkala YB-YB berpusu-pusu melompat keluar parti setelah meraih kemenangan , pastilah mereka telah menyakiti hati dan perasaan rakyat yang memilih mereka . Kemenangan itu pada hakikatnya adalah milik pengundi. Mereka yang membuang undi justeru kerana calon telah bertenggek atas nama parti UMNO yang mereka dukungi . Aleh-aleh setelah mereka meraih kemenangan , semudah itu pula YB-YB melompat keluar parti untuk mejadi wakil rakyat Bebas atau mungkin cuba pula mengampuh untuk terus melompat dan melompat ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan yang sudi menerima meraka . Mungkin mereka demand untuk menantikan satu tawaran pangkat dan kedudukan yang lebih baik lantaran parti-parti di dalam pakatan sendiripun masih bersaing kedudukan mejoriti di dalam DUN atau Parlimen .
Seperkara yang perlu dipelajari oleh wakil-wakil rakyat ini, kemenangan yang diraih itu sesungguhnya adalah atas pengaruh jenama UMNO . Calon Bebas yang kalah sekalipun andai bertenggek atas nama UMNO yang menang ketika itu , mungkin saja boleh meraih mejoriti undi yang lebih baik!. Mengapa YB-YB ini harus terburu-buru melompat ke parti pemerintah ?. Saksikanlah ketegaran wakli-wakil rakyat USNO dahulu, bepenggal lamanya Berjaya dan PBS menguasai kabinet negeri Sabah , mereka tetap bertunjang di dalam kesetiaan parti walaupun sekadar menjadi sekelumit pembangkang kerdil di dalam Dewan Undangan Negeri. Terlalu mustahakkah untuk bertukar parti tanpa perlu bertahan sehingga melihat penyelesaian yang dapat meredakan gelora kepimpinan dalam UMNO?. Tidakkah YB-YB mahu melihat jauh ke dalam diri masing-masing , apakah personaliti dan keupayaan pada diri kita yang sangat-sangat dihajatkan oleh mana-mana parti yang memerintah kini?
Dalam senario yang berlaku , rakyat setia di dalam perjuangan UMNO Sabah amat berbangga dengan pendirian Dato' Sri Bung Moktar Radin . Dialah pejuang tulen yang patut jadi contoh di dalam perjuangan kita . Sesungguhnya UMNO Sabah belum lumpuh atau fakir pemimpin pelapis yang tulen berjiwa pejuang. Berpuluh pemimpin muda yang berwibawa akan dapat mengakitfkan semula UMNO di dalam setiap bahagian. Patah kan tumbuh , hilang mesti berganti . Masih ramai pemimpin baru yang dapat beriringan bersama Dato' Bung Moktar untuk menggerakkan UMNO Sabah. Ahli-ahli UMNO Sabah yakin Dato' Bung Moktar mampu berperanan mengepalai kepimpinan UMNO Sabah. Kehebatan Ahli Parlimen Kinabatangan ini dapat dikaitkan dengan pembangunan infrastruktur yang terdapat di Kota Kinabatangan , yang pastinya mendahului daerah-daerah lain yang setaraf dengannya di negeri Sabah. Begitu lantang suara Datuk Bung Mukhtar di parlimen , serancak itu jugalah penelitiannya terhadap perlaksanaan pembangunan yang dirancang di daerah Kinabatangan. Visi dan Misi beliau mendominasi seluruh jentera pentadbiran daerah yang terdiri dari Pejabat Daerah , Majlis Daerah dan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di daerah Kinabatangan.
Justeru untuk menjadi wakil rakyat yang berkesan , tidak mensyaratkan apa parti sekalipun yang diwakili . Yang terpenting adalah mengaitkan setiap urusan dan pertugasan yang disandang dengan muslihat dan kepentingan rakyat yang diwakili. Walau ke manapun hala tuju negeri atau negara ingin dipacu , hak para penggundi di kawasan masing-masing tetap menjadi keutamaan dan terus diperjuangkan. Pejabat-pejabat urusan di setiap kawasan wajib beroperasi , mengumpulkan setiap permasalahan rakyat dan berakhir dengan penyelesaian di meja-meja jabatan yang berkaitan. Pejabat DUN dan Parlimen wajib diselaras oleh pegawai-pegawai yang berilmu , berintegriti dan tidak rasis dan pilih kasih baik dalam soal pembanguan ekonomi , sosial dan aktiviti keagamaan .Justeru permasalahan seumpama inilah yang menjadikan personaliti sesetengah YB menjadi tidak popular di kalangan rakyat , apatah lagi andainya kekayaan dan kesenangan peribadi mendepani kesemua tindak tanduknya di dalam kehidupan .
Tun Mahathir sendiri pernah bermadah , tiada masalah untuk wakil-wakil rakyat UMNO untuk menyertai parti beliau tetapi sekadar menjadi ahli biasa sahaja . Alasan ini adalah suatu prosedur asas sesebuah parti. Tidak semestinya tindakan melompat parti itu dapat menjanjikan tawaran perjawatan sebagai seorang menteri atau timbalan menteri di dalam sesuatu kementerian ?. Wakil-wakil Rakyat yang bercita-cita tinggi ini wajib melihat jauh ke dalam diri masing-masing , apakah anda benar-benar berkeupayaan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di dalam pemerintahan sekarang ?. Sama ada Tun Mahathir atau Datuk Syafie Afdal , pasti keduanya mementingkan soal keupayaan dan kecemerlangan seseorang tokoh yang memiliki nilai kejujuran dan kesetiaan terhadap tugasan yang diamanahkan.
Sesungguhnya suatu hikmah yang patut disyukuri oleh ahli-ahli UMNO bahawa pemergian wakil-wakil rakyat yang bercita-cita ini adalah suatu proses pembersihan dalaman UMNO sendiri . Ini disebabkan sebahagian golongan yang didakwa mencemari kedaulatan undang-undang itu adalah merupakan pemimpin utama di dalam parti UMNO sendiri . Andainya suatu pemurnian peraturan dapat dilakukan secepat mungkin di dalam organisasi parti , tidak mustahil UMNO akan dapat menghasilkan kembali barisan pemimpin yang bersih , produktif dan lebih mendaulatkan undang-undang berasaskan kepentingan rakyat sejagat. Sesungguhnya proses membangunkan infrastrukur rakyat tanpa penyelidikan dana dan keupayaan yang dimiliki hanya akan menghancurkan keupayaan negara kita . Sedang yang lebih diharapkan oleh rakyat bukanlah pemberian percuma secara ihsan yang bersifat oneoff, sebaliknya ruang-ruang kerja yang dapat melanjutkan kehidupan seisi keluarga secara berterusan .
Lihatlah bumi Sabah , Negeri Di Bawah Lindungan Bayu yang terbentang dengan khazanah alam yang masih belum diterokai sepenuhnya ini. Khazanah laut nan pelbagai dan kesuburan tanah yang terbentang luas dengan sumber makanan yang setanding produk yang diimport , masih belum diupayakan semaksimumnya agar dapat dibangunkan dengan kilang-kilang perindustrian yang berkualiti. Justeru rakyat jelata yang menjadi pengundi setia tadi sekadar mengharapkan kelecekan wakil-wakil rakyat mereka , yang tentunya mempunyai PR yang mantap agar dapat berperanan mencari pelabur luar untuk merealisasikan cita-cita nan murni. Apabila wujud kilang-kilang perusahaan yang melata di kawasan masing-masing , maka akan terciptalah peluan-peluang pekerjaan untuk anak bangsa kita. Justeru negeri ini mesti dibangunkan dan graduan-graduan diploma dan sarjana muda kitalah yang harus menjadi tenaga utama untuk menggerakkan kelangsungan kilang-kilang perusahaan tersebut.
Apakah rancangan pembangunan seumpama ini pernah terpahat dalam plan strategi lima tahun setiap wakil rakyat yang telah meninggalkan UMNO ini?. Berpenggal lamanya mereka menyandang jawatan yang berhormat, namun yang kelihatan hanyalah longgokan projek-projek kekayaan peribadi atas nama kerabat dan famili mereka sendiri? .Mengapa tidak pernah dibincangkan persoalan kelambakan warga tanpa izin yang telah menyerap dan menguasai hak-hak anak peribumi?. Pernahkah diperinci pelbagai jawatan persekutuan dan negeri yang telah dikuasai oleh genarasi bukan watani?. Tuntutan untuk menyemak semula kad pengenalan diri hanya dilepaskan secara simile dan berbasah-basi lantaran kesemua kehendak dan keperluan yang dirancang dari awal-awal lagi , hampir kesemuanya telah diraih dan dipenuhi di dalam kantung sendiri.
Justeru di sinilah titik pangkalnya perjuangan UMNO Sabah. Martabat Melayu dan Islam itu wajib diletakkan di hadapan . Apa etnik sekalipun boleh bernaung di dalam keluarga besar bangsa Melayu. Malah mereka patut berjuang atas kepentingan rumpun Melayu serantau yang seagama . Bagaimanapun semua kesatuan itu wajib dibataskan atas keutamaan Melayu bumiputera yang telah diuntukkan oleh undang-undang dan peraturan negara. Sebab musabab Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan tahun 1976-1981 adalah bertujuan untuk mengimbangi jurang sosioekonomi raykat yang menjadi penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969. Berlaku nilai tidak puas hati di kalangan kaum terbesar di Tanah Melayu ketika itu lantaran perbezaan pekerjaan , jurang pendapatan dan pemisahan kediaman dan kehidupan antara Kaum Melayu ,Cina dan India.
Kerana itu kerajaan persekutuan yang memimpin negara telah mengenalpasti betapa faktor jarak sosioekonomi rakyat yang berbeza hasil susunan dasar Pecah dan Perintah penjajah , menjadi punca ketidakpuasan dan akhirnya meletus menjadi konfrantasi berdarah di Tanah Melayu antara bangsa Melayu dengan Cina. Justeru apabila kemiskinan dapat dihapuskan dengan cara membuka peluang-peluang pekerjaan untuk semua kaum , pastinya pendapatan rakyat akan dapat ditingkatkan . Akhirnya masyarakat akan dapat disusun sebagai satu warga yang rela dan merelakan sehingga mampu mendiami Malaysia tanpa sengketa. Sama ada Melayu , Cina atau India , kesemuanya akan menceburi mana-mana profesyen atau mendiami mana-mana kediaman sebagai satu bangsa Malaysia. Dasar ini akhirnya dilanjutkan pula oleh kerajaan dengan memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara 1991.
Sebaliknya bagi rakyat di negeri Sabah pula , keseluruhannya mengakui bahawa sesiapa juga yang beragama Islam dan mengaplikasikan nilai-nilai keMelayuan di dalam kehidupannya adalah dimaklumi sebagai rumpun bangsa Melayu. Mereka adalah terdiri daripada etnik peribumi dan kumpulan migrasi yang datang dari wilayah rumpun Melayu sejak sebelum kemerdekaan Sabah pada tahun 1963 lagi . Di antara etnik peribumi Sabah yang berikat pada rumpun Melayu lantaran telah berasimilasi dengan budaya keIslaman ini adalah terdiri dari suku Dusun/Kadazan , Sungai , Dumpas , Idahan , Rungus , Murut dan Bisaya . Sementara rumpun Melayu yang telah bermastautin di Sabah sejak tahun 1900an lagi adalah terdiri dari suku Brunei dan Kadayan yang berasal dari wilayah Kesultanan Brunei , masyarakat Banjar, Tidung dan Dayak dari wilayah Kalimantan. Sementara kelompok Banjau , Suluk , Kagayan dan seumpamanya pula adalah berasal dari wilayah Selatan Filipina.
Sementara rumpun Melayu Islam yang kedua pula adalah terdiri dari semua suku bangsa yang berhijrah ke negeri Sabah setelah negeri ini mencapai kemerdekaan dan bergabung dalam Malaysia pada tahun 1963. Dalam kehadiran yang lebih besar dan menyaingi suku-suku etnik peribumi yang lain , mereka adalah terdiri dari imigran yang berasal dari Selatan Filipina dan Suliwesi . Bermula pada awal tahun 70an , kehadiran imigran dari kedua wilayah ini diterima dengan baik lantaran memenuhi ruang-ruang kerja dalam sektor pembinaan dan perladangan di seluruh Sabah. Sikap murah hati rakyat Sabah sekaligus memberi rahmat kepada kesemua anak-anak pendatang bukan warganegara untuk turut menerima berbagai keistimewaan seperti anak2 tempatan yang lain .
Pastinya sumbangan yang terpenting yang mereka nikmati adalah kerana dapat menikmati pendidikan rendah dan menengah secara percuma dari Kementerian Pelajaran Malaysia . Di sekolah-sekolah kerajaan , anak-anak pendatang turut menerima sumbangan pakaian dan kasut sekolah secara percuma , pemberian rawatan kesihatan dan gigi , menerima bekalan susu berkhasiat Yayasan Sabah dan sumbangan buku teks , buku tulis , pen dan pensil dengan percuma . Malahan mereka juga turut menerima bantuan biasiswa dan pinjaman melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading di dalam dan luar negara . Justeru dalam tempoh sepuluh tahun dari kehadiran mereka di bumi Sabah sahaja , mereka akhirnya telah meresap sebagai sebahagian dari anak-anak warganegara yang turut memenuhi ruang pekerjaan yang ditawarkan dalam berbagai sektor dan jabatan.
Sementara di satu pihak yang lain adalah rumpun peribumi non Muslim yang terdiri dari etnik terbesar Dusun / Kadazan dan diikuti oleh suku Murut , Sungai Tambanua , Rungus
Bersambung......Justeru detik malang ini telah melakar catatan sejarah UMNO Sabah , di mana Datuk Hajiji mengetuai 9 ADUN lain yang terdiri dari Datuk Musbah Jamli ( Tempasuk) Datuk Japlin Akin (Usukan ), Datuk Ghulam Aliasnih( Klias) , Matbali Musah ( Lumadan ), Datuk Seri Masidi Manjun ( Karanaan ) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ( Apas ) telah mengisyaratkan keluar UMNO secara rasminya.
Turut sama dalam gabungan keluar parti ini ialah 4 ahli Parlimen lain iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri ( Kudat), Datuk Azizah Mohd Dun ( Beaufort ) , Datuk Seri Ronald Kiandee( Beluran ) dan Datuk Zakaria Mohd Edris ( Libaran). Diiringi oleh 2 lagi Senator iaitu Datuk John Ambrose yang juga Ketua UMNO Bahagian Penampang serta Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin yang mengetui UMNO Bahagian Pensiangan . Sementara Datuk James Ratib (Sugut ) , Datuk Bolkiah Ismail (Pitas ) , Datuk Limus Jury ( Kuala Penyu )dan Datuk Masiung Banah ( Kuamut ) terlebih dahulu telah menyeberang ke Parti UPKO yang dipimpin oleh Datuk Madius Tangau sebaik kegagalan mereka untuk menyertai parti Warisan di bawah kepimpinan Datuk Syafie Afdal.
Malah yang lebih mengejutkan rakyat Sabah ialah apabila dua orang tokoh yang sangat sinonim sebagai pendukung kuat parti UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini iaitu Tan Sri Pandekar Amin Mulia dan Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak turut meleburkan kesetiaan mereka dari parti yang telah mengangkat martabat bangsa Melayu dari cengkaman PBS di bawah pentadbiran Datuk Pairin Kitingan sejak tahun 1985-1994. Siapa yang tidak kenal dengan kedua tokoh ini? . Tan Sri Pandikar Amin adalah seorang veteran politik yang berwibawa dan bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia sejak penggal yang ke 12. Sementara Datuk Salleh pula adalah bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2015-2018 , seorang menteri yang sangat lantang mempertahankan dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional. 

Ketika menyaksikan peristiwa demi peristiwa yang berlaku , dapat dirasakan keinginan rakyat negeri Sabah yang sentiasa bersama untuk terus menyokong UMNO lantaran mentaliti mereka yang memandang jauh ke hadapan , demi mengharapkan sebuah negeri yang adil dan makmur . Namun mereka telah terpedaya dek telatah dan keangkuhan pemimpim yang mereka amanahkan ini . Justeru merekalah wakil-wakil rakyat ADUN dan Parlimen yang mereka pilih demi melanjutkan legasi bangsa yang merdeka . Rahsianya tidak lain dan tidak bukan lantaran semboyan perjuangan parti keramat UMNO yang kekal subur nun jauh di lubuk hati para pengundi.
Malah bayangan di dalam minda ahli-ahli UMNO adalah keupayaan para pimpinannya yang terdiri dari golongan terpelajar yang telah mendukung wawasan gemilang perjuangan bangsa sejak sebelum merdeka lagi . Kerana itu sesiapa juga calon mesti disokong dan dipilih walau mereka tahu belang puaka sering membayang di sebalik riak wajah anggun yang beraksi di depan mata mereka itu . Biarkan saja wasangka itu menjelma dan berlalu di telan masa . Demi UMNO dan demi Barisan Nasional yang menatang wadah pembangunan bangsa .
Demikianlah semangat barisan pejuang nasionalisma UMNO Sabah yang pada suatu ketika dulu pernah berdiri setia di belakang Almarhum Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun . Ketika itu mereka setia di bawah lembayung keramat parti USNO. Namun andai kata presiden yang dicintai " Beralihlah kita ke parti UMNO !. Ia adalah parti Melayu dari bumi Malaya. Ia didukung saudara-saudara tua sebangsa dan seagama kita yang setia dan berusaha. Saya yakin , UMNO dapat menyatukan kita di negeri ini . Semangat USNO pasti akan kita bawa bersama ke dalam UMNO " ujar Almarhum Tun Datu Haji Mustapha bersemangat . Maka dengan linangan air mata terharu , seluruh jentera pentadbiran USNO tunduk patuh dan kian bersemangat melangkah ke dalam kepepimpinan UMNO berwajahkan anak-anak watan USNO sendiri.
Apabila ditanya berbagai persoalan yang berlaku di dalam negara , ternyata para pengundi UMNO adalah warga yang matang dan setia berbanding para pemimpinnya sendiri yang kian tamak dikelabui kuasa . Tiada siapa yang tidak tahu berbagai muslihat jenayah dalam kerajaan ketika itu ? Sejak sebelum Pilihanraya Umum ke 14 lagi , rakyat nun di pedalaman Labuk dan Sugut sekalipun tahu betapa BRIM itu adalah ole-ole serpihan dana yang disunglap . Masyarakat kampung sedia maklum tentang 1MDB dan mengetahui kisah-kisah tentang wang negara yang diseleweng. Orang Sabah pun tahu juga tentang jenayah menteri-menteri utama kita sama ada yang berlaku di Sabah dan demikian juga yang berleluasa di Semenanjung Malaysia.
Bagaimanapun amat jarang dari mereka yang mahu menjadi juara untuk melakukan hebahan tentang cerita-cerita tersebut secara terbuka . Bala-bala tertangkap , diri dan keluarga sendiri juga yang kelak yang akan menderita. Bagus diam-diam saja , sebab orang atasan itu punya aurah dan kuasa untuk mengeksploitasi hukum dan undang-undang negara . Kalau jalan berlobang kian mendalam dari Jalan Telupid ke Beluran dan sering menghambat tayar-tayar kereta kancil di waktu malam , namun tiada siapa yang berani mengajukan saman pada kontraktor jalan yang dipercayai milik gelap orang kenamaan di negeri Sabah sendiri?. Tak kan lah pihak berwajib seumpama SPRM tidak mengetahuinya? Namun apakah mereka telah menjalankan siasatan rasuah dan salah guna kuasa lantaran kerja-kerja yang merugikan negara ini ?. Justeru ini adalah bukti bahawa diam itu adalah lebih baik dari melatah pada saluran yang tidak sepatutnya.
Jika bertegang urat mempertahankan hujah sekalipun , bukannya rakyat biasa dapat mengemukakan bukti-bukti kukuh yang boleh diperakui oleh undang-undangpun . Maklumat hanya didengar dari mulut ke mulut dan ia bersifat konon-konon yang diviral dan dilayangkan lewat media eletronik berleluasa . Tambahan pula , bukti penyelewengan itu turut disaksikan sendiri oleh individu di dalam penguatkuasaan. Umpamanya seorang pegawai keselamatan yang menyaksikan sendiri sesuatu jenayah di jalanan , pasti tidak memerlukan sebarang aduan dari orang ramai secara bertulis. Mereka perlu lebih berani untuk terus bertindak berdasarkan keupayaan dalam kondisi dan situasi yang dimiliki.
Kerana itu tidak ada faedahnya bertegang leher membabi buta menentang arus haireki organisasi . Nanti semasa hari penamaan , tokoh-tokoh itu jugalah yang terpilih menjadi calon-calon parti. Sama ada pengundi bersetuju atau tidak , keputusan organisasi wajib dihormati. Sudah tidak timbul alasan bahawa calon semasa menjawat jawatan YB bersifat tidak mesra rakyat. Atau mereka susah bertapak di kawasan masing-masing justeru kesebokan mereka lebih tertumpu di ibu negeri Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur. Hasrat untuk melihat keberadaan mereka menunaikan sembahyang jumaat di kawasan sendiri sekali dalam sebulanpun tidak pernah kesampaian !.
Bagaimanapun semasa meraih simpati untuk mendapatkan satu undi menjelang pilihanraya umum , pasti mereka setia bersengkang mata menemui rakyat sehingga ke siang hari . Pada perkiraan ahli-ahli UMNO , itu juga bersilaturrahim sifatnya yang dianggap positif . Walau sekali dalam tempoh lima tahun , ia sudah memadai bagi seorang ahli politik. Yang lebih diharapkan oleh rakyat adalah tindak-tanduk seorang pemimpin yang berupaya membawa kemajuan kepada negara.
Justeru ketika inilah masyarakat pengundi akan cuba mengambil kesempatan sebaik-baiknya. Kesemuanya berusaha untuk meraih wang jajan sekali dalam lima tahun .Apa juga laba yang dibuka di hadapan mereka , pasti tidak akan disia-siakan . Dalam tempoh 12 jam sebelum pembuangan undi , keheningan kelam dan kedinginan malam akan berubah menjadi keghairahan untuk mendapatkan agihan wang jajan 100 ke 200 ringgit untuk setiap pengundi . Ketika ini jugalah kita memaklumi perangai orang-orang kepercayaan parti/calon yang hilang jejak menyelamatkan dana yang sepatutnya diagihkan kepada ketua-ketua cawangan .Mereka umpama buaya lapar yang tidak mempedulikan hak seluruh ahli parti yang akan melakukan tanggung jawab membuang undi pada keesokan harinya. Bagaimanapun insiden seperti ini sudah dianggap lazim oleh calon-calon yang bertanding kerana mereka sendiri sentiasa peka menyusun strategi sebagai persediaan seandainya kecundang di dalam pertarungan kelak.
Begitulah relanya hati rakyat untuk memperkasakan kemerdekaan dan demokrasi negara. Wang bukan segala-galanya untuk mereka . Sama ada menerima wang keringat rm 100 atau langsung tiada , mereka tetap bergerak menuju ke dewan pembuangan undi untuk melaksanakan kewajiban mereka . Bagaimanapun tatkala YB-YB berpusu-pusu melompat keluar parti setelah meraih kemenangan , pastilah mereka telah menyakiti hati dan perasaan rakyat yang memilih mereka . Kemenangan itu pada hakikatnya adalah milik pengundi. Mereka yang membuang undi justeru kerana calon telah bertenggek atas nama parti UMNO yang mereka dukungi . Aleh-aleh setelah mereka meraih kemenangan , semudah itu pula YB-YB melompat keluar parti untuk mejadi wakil rakyat Bebas atau mungkin cuba pula mengampuh untuk terus melompat dan melompat ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan yang sudi menerima meraka . Mungkin mereka demand untuk menantikan satu tawaran pangkat dan kedudukan yang lebih baik lantaran parti-parti di dalam pakatan sendiripun masih bersaing kedudukan mejoriti di dalam DUN atau Parlimen .
Seperkara yang perlu dipelajari oleh wakil-wakil rakyat ini, kemenangan yang diraih itu sesungguhnya adalah atas pengaruh jenama UMNO . Calon Bebas yang kalah sekalipun andai bertenggek atas nama UMNO yang menang ketika itu , mungkin saja boleh meraih mejoriti undi yang lebih baik!. Mengapa YB-YB ini harus terburu-buru melompat ke parti pemerintah ?. Saksikanlah ketegaran wakli-wakil rakyat USNO dahulu, bepenggal lamanya Berjaya dan PBS menguasai kabinet negeri Sabah , mereka tetap bertunjang di dalam kesetiaan parti walaupun sekadar menjadi sekelumit pembangkang kerdil di dalam Dewan Undangan Negeri. Terlalu mustahakkah untuk bertukar parti tanpa perlu bertahan sehingga melihat penyelesaian yang dapat meredakan gelora kepimpinan dalam UMNO?. Tidakkah YB-YB mahu melihat jauh ke dalam diri masing-masing , apakah personaliti dan keupayaan pada diri kita yang sangat-sangat dihajatkan oleh mana-mana parti yang memerintah kini?
Dalam senario yang berlaku , rakyat setia di dalam perjuangan UMNO Sabah amat berbangga dengan pendirian Dato' Sri Bung Moktar Radin . Dialah pejuang tulen yang patut jadi contoh di dalam perjuangan kita . Sesungguhnya UMNO Sabah belum lumpuh atau fakir pemimpin pelapis yang tulen berjiwa pejuang. Berpuluh pemimpin muda yang berwibawa akan dapat mengakitfkan semula UMNO di dalam setiap bahagian. Patah kan tumbuh , hilang mesti berganti . Masih ramai pemimpin baru yang dapat beriringan bersama Dato' Bung Moktar untuk menggerakkan UMNO Sabah. Ahli-ahli UMNO Sabah yakin Dato' Bung Moktar mampu berperanan mengepalai kepimpinan UMNO Sabah. Kehebatan Ahli Parlimen Kinabatangan ini dapat dikaitkan dengan pembangunan infrastruktur yang terdapat di Kota Kinabatangan , yang pastinya mendahului daerah-daerah lain yang setaraf dengannya di negeri Sabah. Begitu lantang suara Datuk Bung Mukhtar di parlimen , serancak itu jugalah penelitiannya terhadap perlaksanaan pembangunan yang dirancang di daerah Kinabatangan. Visi dan Misi beliau mendominasi seluruh jentera pentadbiran daerah yang terdiri dari Pejabat Daerah , Majlis Daerah dan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di daerah Kinabatangan.
Justeru untuk menjadi wakil rakyat yang berkesan , tidak mensyaratkan apa parti sekalipun yang diwakili . Yang terpenting adalah mengaitkan setiap urusan dan pertugasan yang disandang dengan muslihat dan kepentingan rakyat yang diwakili. Walau ke manapun hala tuju negeri atau negara ingin dipacu , hak para penggundi di kawasan masing-masing tetap menjadi keutamaan dan terus diperjuangkan. Pejabat-pejabat urusan di setiap kawasan wajib beroperasi , mengumpulkan setiap permasalahan rakyat dan berakhir dengan penyelesaian di meja-meja jabatan yang berkaitan. Pejabat DUN dan Parlimen wajib diselaras oleh pegawai-pegawai yang berilmu , berintegriti dan tidak rasis dan pilih kasih baik dalam soal pembanguan ekonomi , sosial dan aktiviti keagamaan .Justeru permasalahan seumpama inilah yang menjadikan personaliti sesetengah YB menjadi tidak popular di kalangan rakyat , apatah lagi andainya kekayaan dan kesenangan peribadi mendepani kesemua tindak tanduknya di dalam kehidupan .
Tun Mahathir sendiri pernah bermadah , tiada masalah untuk wakil-wakil rakyat UMNO untuk menyertai parti beliau tetapi sekadar menjadi ahli biasa sahaja . Alasan ini adalah suatu prosedur asas sesebuah parti. Tidak semestinya tindakan melompat parti itu dapat menjanjikan tawaran perjawatan sebagai seorang menteri atau timbalan menteri di dalam sesuatu kementerian ?. Wakil-wakil Rakyat yang bercita-cita tinggi ini wajib melihat jauh ke dalam diri masing-masing , apakah anda benar-benar berkeupayaan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di dalam pemerintahan sekarang ?. Sama ada Tun Mahathir atau Datuk Syafie Afdal , pasti keduanya mementingkan soal keupayaan dan kecemerlangan seseorang tokoh yang memiliki nilai kejujuran dan kesetiaan terhadap tugasan yang diamanahkan.
Sesungguhnya suatu hikmah yang patut disyukuri oleh ahli-ahli UMNO bahawa pemergian wakil-wakil rakyat yang bercita-cita ini adalah suatu proses pembersihan dalaman UMNO sendiri . Ini disebabkan sebahagian golongan yang didakwa mencemari kedaulatan undang-undang itu adalah merupakan pemimpin utama di dalam parti UMNO sendiri . Andainya suatu pemurnian peraturan dapat dilakukan secepat mungkin di dalam organisasi parti , tidak mustahil UMNO akan dapat menghasilkan kembali barisan pemimpin yang bersih , produktif dan lebih mendaulatkan undang-undang berasaskan kepentingan rakyat sejagat. Sesungguhnya proses membangunkan infrastrukur rakyat tanpa penyelidikan dana dan keupayaan yang dimiliki hanya akan menghancurkan keupayaan negara kita . Sedang yang lebih diharapkan oleh rakyat bukanlah pemberian percuma secara ihsan yang bersifat oneoff, sebaliknya ruang-ruang kerja yang dapat melanjutkan kehidupan seisi keluarga secara berterusan .
Lihatlah bumi Sabah , Negeri Di Bawah Lindungan Bayu yang terbentang dengan khazanah alam yang masih belum diterokai sepenuhnya ini. Khazanah laut nan pelbagai dan kesuburan tanah yang terbentang luas dengan sumber makanan yang setanding produk yang diimport , masih belum diupayakan semaksimumnya agar dapat dibangunkan dengan kilang-kilang perindustrian yang berkualiti. Justeru rakyat jelata yang menjadi pengundi setia tadi sekadar mengharapkan kelecekan wakil-wakil rakyat mereka , yang tentunya mempunyai PR yang mantap agar dapat berperanan mencari pelabur luar untuk merealisasikan cita-cita nan murni. Apabila wujud kilang-kilang perusahaan yang melata di kawasan masing-masing , maka akan terciptalah peluan-peluang pekerjaan untuk anak bangsa kita. Justeru negeri ini mesti dibangunkan dan graduan-graduan diploma dan sarjana muda kitalah yang harus menjadi tenaga utama untuk menggerakkan kelangsungan kilang-kilang perusahaan tersebut.
Apakah rancangan pembangunan seumpama ini pernah terpahat dalam plan strategi lima tahun setiap wakil rakyat yang telah meninggalkan UMNO ini?. Berpenggal lamanya mereka menyandang jawatan yang berhormat, namun yang kelihatan hanyalah longgokan projek-projek kekayaan peribadi atas nama kerabat dan famili mereka sendiri? .Mengapa tidak pernah dibincangkan persoalan kelambakan warga tanpa izin yang telah menyerap dan menguasai hak-hak anak peribumi?. Pernahkah diperinci pelbagai jawatan persekutuan dan negeri yang telah dikuasai oleh genarasi bukan watani?. Tuntutan untuk menyemak semula kad pengenalan diri hanya dilepaskan secara simile dan berbasah-basi lantaran kesemua kehendak dan keperluan yang dirancang dari awal-awal lagi , hampir kesemuanya telah diraih dan dipenuhi di dalam kantung sendiri.
Justeru di sinilah titik pangkalnya perjuangan UMNO Sabah. Martabat Melayu dan Islam itu wajib diletakkan di hadapan . Apa etnik sekalipun boleh bernaung di dalam keluarga besar bangsa Melayu. Malah mereka patut berjuang atas kepentingan rumpun Melayu serantau yang seagama . Bagaimanapun semua kesatuan itu wajib dibataskan atas keutamaan Melayu bumiputera yang telah diuntukkan oleh undang-undang dan peraturan negara. Sebab musabab Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan tahun 1976-1981 adalah bertujuan untuk mengimbangi jurang sosioekonomi raykat yang menjadi penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969. Berlaku nilai tidak puas hati di kalangan kaum terbesar di Tanah Melayu ketika itu lantaran perbezaan pekerjaan , jurang pendapatan dan pemisahan kediaman dan kehidupan antara Kaum Melayu ,Cina dan India.
Kerana itu kerajaan persekutuan yang memimpin negara telah mengenalpasti betapa faktor jarak sosioekonomi rakyat yang berbeza hasil susunan dasar Pecah dan Perintah penjajah , menjadi punca ketidakpuasan dan akhirnya meletus menjadi konfrantasi berdarah di Tanah Melayu antara bangsa Melayu dengan Cina. Justeru apabila kemiskinan dapat dihapuskan dengan cara membuka peluang-peluang pekerjaan untuk semua kaum , pastinya pendapatan rakyat akan dapat ditingkatkan . Akhirnya masyarakat akan dapat disusun sebagai satu warga yang rela dan merelakan sehingga mampu mendiami Malaysia tanpa sengketa. Sama ada Melayu , Cina atau India , kesemuanya akan menceburi mana-mana profesyen atau mendiami mana-mana kediaman sebagai satu bangsa Malaysia. Dasar ini akhirnya dilanjutkan pula oleh kerajaan dengan memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara 1991.
Sebaliknya bagi rakyat di negeri Sabah pula , keseluruhannya mengakui bahawa sesiapa juga yang beragama Islam dan mengaplikasikan nilai-nilai keMelayuan di dalam kehidupannya adalah dimaklumi sebagai rumpun bangsa Melayu. Mereka adalah terdiri daripada etnik peribumi dan kumpulan migrasi yang datang dari wilayah rumpun Melayu sejak sebelum kemerdekaan Sabah pada tahun 1963 lagi . Di antara etnik peribumi Sabah yang berikat pada rumpun Melayu lantaran telah berasimilasi dengan budaya keIslaman ini adalah terdiri dari suku Dusun/Kadazan , Sungai , Dumpas , Idahan , Rungus , Murut dan Bisaya . Sementara rumpun Melayu yang telah bermastautin di Sabah sejak tahun 1900an lagi adalah terdiri dari suku Brunei dan Kadayan yang berasal dari wilayah Kesultanan Brunei , masyarakat Banjar, Tidung dan Dayak dari wilayah Kalimantan. Sementara kelompok Banjau , Suluk , Kagayan dan seumpamanya pula adalah berasal dari wilayah Selatan Filipina.
Sementara rumpun Melayu Islam yang kedua pula adalah terdiri dari semua suku bangsa yang berhijrah ke negeri Sabah setelah negeri ini mencapai kemerdekaan dan bergabung dalam Malaysia pada tahun 1963. Dalam kehadiran yang lebih besar dan menyaingi suku-suku etnik peribumi yang lain , mereka adalah terdiri dari imigran yang berasal dari Selatan Filipina dan Suliwesi . Bermula pada awal tahun 70an , kehadiran imigran dari kedua wilayah ini diterima dengan baik lantaran memenuhi ruang-ruang kerja dalam sektor pembinaan dan perladangan di seluruh Sabah. Sikap murah hati rakyat Sabah sekaligus memberi rahmat kepada kesemua anak-anak pendatang bukan warganegara untuk turut menerima berbagai keistimewaan seperti anak2 tempatan yang lain .
Pastinya sumbangan yang terpenting yang mereka nikmati adalah kerana dapat menikmati pendidikan rendah dan menengah secara percuma dari Kementerian Pelajaran Malaysia . Di sekolah-sekolah kerajaan , anak-anak pendatang turut menerima sumbangan pakaian dan kasut sekolah secara percuma , pemberian rawatan kesihatan dan gigi , menerima bekalan susu berkhasiat Yayasan Sabah dan sumbangan buku teks , buku tulis , pen dan pensil dengan percuma . Malahan mereka juga turut menerima bantuan biasiswa dan pinjaman melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading di dalam dan luar negara . Justeru dalam tempoh sepuluh tahun dari kehadiran mereka di bumi Sabah sahaja , mereka akhirnya telah meresap sebagai sebahagian dari anak-anak warganegara yang turut memenuhi ruang pekerjaan yang ditawarkan dalam berbagai sektor dan jabatan.
Sementara di satu pihak yang lain adalah rumpun peribumi non Muslim yang terdiri dari etnik terbesar Dusun / Kadazan dan diikuti oleh suku Murut , Sungai Tambanua , Rungus
Mac 27.2018
PERTEMUAN DENGAN SAHABAT LAMA
Gambar kenangan bersama Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Tn Hj Amat bin Hj Saruna
Sempena Majlis Penyerahan Bantuan Kebajikan Baitul Maal Negeri Sabah oleh Yang Berbahagia isteri kepada Tuan Yang Tertutama Yang Dipertua Negeri Sabah pada 26 March 2018 di Dewan Serbaguna Beluran. Detik ini turut mencipta satu sejarah pertemuan antara saya dengan Tuan Haji Amat bin Hj. Saruna ( Pegawai Perhubungan JHEAINS Beluran ) dengan Yang Berhormat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ( Ahli Dewan Rakyat Beluran merangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat ).

Kedua tokoh ini adalah rakan akrab saya sejak di bangku sekolah rendah lagi dan berlanjutan sehingga ke sekolah menengah Inggeris di daerah Beluran. Perpisahan kami berlaku setelah saya melajutkan pengajian saya ke Sekolah Menengah Agama Tinggi di Sabak Bernam Selangor tahun 1975 dan selanjutnya ke Universitas Nasional Jakarta ,Indonesia.
Mengimbau kembali jalinan tali persahabatan di antara kami , anak-anak Beluran yang tinggal di tempat terpencil dan terpisah pula dari pelbagai maklumat dari dunia luar. Apa tidaknya, kalau mahu ke bandar Sandakanpun , kemi terpaksa menggunakan jalan laut yang amat sisonim dengan ombak dan gelombang atau menuju ke perkampungan Gum-Gum batu 16 Sandakan untuk selanjutkan menggunakan kereta sapu menuju ke bandar Sandakan. Sehinggalah pada tahun 1970, sebuah jalan tanah liat yang di sana sini ditaburi batu kelikir sebesar paha untuk mengelakkan kenderaan terkubur di tengah jalan. Sesiapa yang mempunyai sedikit kelebihan wang ringgit , tembuslah mereka bersama keluarga utntuk melihat-lihat suasana bandar yang tidak lebih dari sebuah pekan kecil pada ketika ini. Saya sendiri kalau tidak kerana melanjutkan pengajian ke semenanjung , entah sekali dalam setahunpun amat sukar berkunjung ke bandar Sandakan. Al maklumlah , lebih banyak keperluan keluarga turut disalurkan oleh kedua orang tua saya kepada kedua abang dan kakak yang sedang melanjutkan pengajian di SMK Sandakan. Ketika itu SMK Beluran hanya menawarkan persekolahan sehingga ke Tingkata Tiga sahaja.
Pendek cerita, kedua tokoh ini amat akrab dengan saya ketika berada di sekolah rendah lagi. Mereka Rakan seperniagaan secara kecil-kecilan ( sama-sama membawa bakul jajaan ke dalam bilik darjah ) Mereka juga adalah rakan sepermainan. . Nak cerita soal permainan , semacam terdapat musim permainan kami yang lerlegar di sekitar sebuah bangunan sekolah lama berwarna hitam di hadapan padang sekolah yang terhampar di kelilingi rumah-rumah penduduk desa. Kalau tidak silap , bangunan itu adalah bangunan sekolah pertama yang didirikan Inggeris dalam tahun 1948 . Justeru tempat ini menjadi tapak perhimpunan seluruh kanak-kanak untuk beriadah di waktu petang atau pada waktu libur. Masih jelas di dalam ingatan saya berbagai jenis permainan yang sering kami rutinkan : main gasing ( secara hirerki dan gurau ) , main layang-layang, main guli , main lastik , main belon, main hantu-hantu , main tembak-tembak, main tapuk-tapuk , main getah ( main pindu ,main kabat , main tendang ) , main ting-ting , gusti lengan , gusti jari dan sebagainya . Terlalu banyak aktiviti yang sering kami lakukan mengikut cuaca dan musim sehari-hari yang kami temui ketika berada di tapak permainan.
Gambar Kenangan :
Pemandangan bangunan lama sekolah tertua di daerah Beluran ( 1956 ). SRK Beluran /merangkap GJSS Beluran/ merangkap Panggung Wayang/ Mahkamah Begerak /Dewan Serbaguna

Mengimbau persahabatan yang terjalin di kalangan kanak-kanak kampung ( dalam lingkungan 6 ke 12 tahun ) dalam zon tertutup Beluran ketika itu , rasanya kami adalah dalam kelompok kanak-kanak yang terlalu dhaif, naif dan " pakampung" .Andainya cikgu memukul kami sekali di sekolah kerana nakal atau lemah dalam mata pelajaran , ibu bapa di rumah akan mengenakan hukuman buat kali keduannya pula ketika sampai di rumah . Guru-guru tak ubah " mata telinga" ibu ayah di rumah yang sewenang-wenang dibenarkan untuk merotan barisan anak-anak kampung yang liar.
Mengingati perilaku dan kelasakan saya ketika itu , rasanya tak akan dapat ditandingi oleh kanak-kanak zaman ini. Sebelum belajar di bangku tahun satu lagi , saya sering dibawa oleh arwah abang saya untuk berjualan kuih ke rumah-rumah tetangga dan di persekitaran kampung. Setiap rumah yang kami lewati pasti kami tandai dengan salam dan ketukan pintu , demi untuk memastikan pemilik rumah terjaga dan dapat melihat kuih muih yang kami bawa . Justeru setelah belajar dalam darjah satu sahaja, saya sudah biasa ke sekolah dengan membawa bahan dagangan saya sendiri setiap hari. Rasanya aktiviti berjualan seumpama itu sudah menjadi satu kelaziman dalam kehidupan saya sehinggalah ke sekolah menengah. Saya boleh bergiat cergas dalam pdp dan mampu pula mengawasi dagangan saya dari khianat rakan-rakan sekelas.
Arwah ibu saya sangat yakin dengan keupayaan dan kejujuran saya di dalam kehidupan. Sebegitu jumlah kuih donat dan meehon bungkus daun pisang yang saya bawa , pasti bertepatan dengan harga jualan yang akan saya serahkan pada ibu. Ibu yakin keupayaan saya dalam kira mengira. Malah dalam usia itu juga saya diberi kepercayaan pergi ke kedai membawa sejumlah wang dan kembali ke rumah membawa barang-barang belian yang diperlukan arwah ibu.Ini berkemungkinan berkat hafalan sifir 2 hingga 12 saya pada usia darjah dua lagi sehingga membuatkan daya congakan saya bergerak pantas walau dengan menghayal barang2 yang akan saya beli. Saya berkeupayaan menyatakan pada arwah ibu jumlah wang yang mencukupi untuk membeli barang-barang tersebut. Alasannya , saya sememangnya sangat pasti dengan harga barangan yang sering ibu perlukan dalam urusan niaga hariannya itu. Sekati tepung 25 sen , sebungkus meehon 30 sen, satu cucuk udang galah ( 6 ekor ) 50 sen .
Kisah ini akan saya lanjutkan nati.
Oktober 30. 2017
BENGKEL
TEKNIK MEMAHAMI DAN MENULIS
SYAIR , GURINDAM , SELOKA , PUISI DAN CERPEN
BAGI MENJAWAB SOALAN KOMUNIKATIF STPM
SMK BESTARI BELURAN 2017
![]() |
Ketika menyampaikan bimbingan cerpen |
Sabtu : 28 hb Oktober 2017, saya telah diundang untuk mengendalikan sebuah bengkel Teknik Memahami dan Menulis syair , gurindam , seloka , puisi dan cerpen bagi soalan Kesusasteraan Komunakatif STPM 2017. Seramai 29 pelajar Tingkatan Enam telah mengambil bahagian menjayakan program pecutan yang telah diprogramkan oleh Unit Bahasa dan Kesusasteraan Tingkatan 6 SMK Bestari itu.
Pn Edith Marcus yang menjadi ketua penyalaras program itu menjelaskan bahawa aktiviti itu adalah bertujuan untuk membuka kesediaan pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas untuk lebih memahami teknik mengolah syair , gurindam , seloka , puisi moden dan cerpen dalam ruang waktu yang sangat terbatas di dewan peperiksaan STPM nanti. Menurut Pn Ruhana yang turut menjadi tenaga pengajar subjek kesusateraan di sekolah itu , mengolah cerpen dan puisi mula diperkenalkan dalam silibus STPM dan pelajar wajib menyediakannya dalam tempoh 45 minit di dewan peperiksaan.
![]() |
Ada masanya para peserta perlu dihiburkan |
Hati saya kian terhibur, suatu tindakan positif Kementerian Pendidikan dalam perubahan
kurikulum Kesuasteraan , pasti akan menimbulkan impak positif ke arah melahirkan genarasi pelajar yang lebih meminati bidang penulisan sastera . Dalam tempoh 5 ke 6 jam bersama pelajar yang meniti kematangan ini , saya dapat merumuskan minat dan keupayaan mereka lantaran mudah menerima bimbingan dan memberikan penglibatan yang menggalakkan di sepanjang tempoh mengikuti berbagai aktiviti perbengkelan
Justeru saya menggalakkan calon-calon penulis ini untuk memantapkan keupayaan diri mereka agar memiliki jati diri seorang penulis yang berjaya. Mereka perlu banyak membaca karya-karya agong dan sedia pula menguntukkan ruang waktu dalam sehari semalam untuk mencoret dan menulis , sama ada dalam puisi lama, puisi moden atau dalam genre cerpen dan novel . Saya turut merangsang minat mereka dengan menghuraikan kalimat Sasterawan Negara , A. Samad Said : " Untuk berkeupayaan dalan penulisan tidak memerlukan bakat, bahkan kerajinan untuk menulis dan terus menulis ...."

Menerima sijil penghargaan dari Pn.Edith Marcus bersama Pn.Ruhana |
![]() |
Bergambar dengan sebahagian dari para peserta. |
Assallmualikum semua....
Saya Ismail bin Haji Salleh. Dilahirkan pada hari selasa 24hb April 1961 bersamaan 10 Zulqaeddah 1380 hijriah .Saya lebih suka merujuk kepada kalendar hijriah hatta sehingga ke detik meraikan hari kelahiran sekalipun . Alasan saya sangat mudah , pandangan orang tua-tua , hari kematian kita adalah bersamaan dengan hari kelahiran kita. Andai kita lihat kepada kedua tahun tadi , ketepatan lebih memihak kepada tahun hijri.Apabila saya perhatikan sanak saudara yang telah pergi meninggalkan dunia ini , selalunya bertepatan dengan tarikh kelahiran mereka mengikut perkiraan hijriah . Paling tidak, ia pasti jatuh pada bulan yang sama . Tidak lah merugikan andai kita lazimkan penggunaan tahun hijriah ini, setidak-tidaknya ia menjadi lambang kecintaan kita kepada Rasululah SAW. Di samping itu dapat pula kita ketahui ketibaan sesuatu detik penting di dalam Islam , seumpama detik kelahiran Rasulullah SAW , kewajiban di bulan Ramadhan atau ketibaan ibadat haji di bulan Zulqaeddah.
Saya dilahirkan di Beluran Sabah, ketika itu tanah Borneo masih berada di dalam naungan penjajahan Inggeris . Semasa saya masih di bangku sekolah rendahpun , saya masih ingat wajah Pegawai Daerah Inggeris berdarah European yang terakhir : Tuan Willian Buckster ( menggantikan Tn Norrish yang berpindah ke Jessoltan). Masa itu Beluran hanya sebuah perkampungan kecil namun mewakili pentadbiran sebuah daerah dalam jajahan Inggeris North Borneo.Justeru Inggeris memperkenalkan sistem pentadbiran yang teratur dengan mengadakan sebuah pejabat daerah , balai polis , rumah sakit , sekolah rendah , pejabat hutan dan ketika itu hanya terdapat sebuah kedai runcit Cina di Beluran. Abah saya sendiri : Sayyid Mohamad Salleh adalah seorang kerani di Unit Cukai Pejabat Daerah Beluran. Sementara datuk saya pula adalah pesarah Ketua Daerah Beluran, bergelar OKK Haji Sayyid Abdul Kahar bin Sayyid Othman. Tidak siapa dapat menyangkal bahawa arwah datuk sayalah di antara pengasas awal kehadiran Beluran yang sebelum ini pentadbiran Inggeris di daerah ini berpusat di Klagan, pada lokaliti beberapa jam menyusur muara sungai menuju ke kawasan Ladang Kelapa Sawit PAMOL( satu-satunya ladang kelapa sawit milik pelabur British yang terawal di negeri Sabah ).
Saya selalu berfikir , bagaimana arwah datuk saya yang berdarah Arab boleh menjawat jawatan Ketua Daerah Beluran/ Klagan yang pertama( yang sebelumnya tugas itu hanya dipegang oleh jawatan Kepala Kampong/ Ketua kampong ? ). Jawapan yang mudah , sebab arwah datuk saya memiliki kesemua syarat yang diperlukan oleh kerajaan British. Arwah datuk saya pernah belajar di Raffles College , Singapura . Saya masih ingat dia berupaya menggunakan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi dengan Pegawai Daerah Beluran . Ketika itu kesemua penduduk Beluran hanya berjalan kaki untuk melaksanakan setiap keperluan hidup harian mereka .Tidak terkecuali pegawai daerahnya sendiri. Dia akan berjalan dari rumah kediamannya pada setiap jam 7.30 am dan kembali dari pejabatnya pada setiap jam 4.00 pm. Sedang rumah kediaman datuk saya ( di atas tanah yang diberikan kerajaan British kerana khidmat jasanya sejak tahun 1938-1966 ) terletak di kaki bukit menuju ke rumah kediaman Pegawai Daerah Beluran . Bukannya mudah mencari orang tempatan yang mudah dimesrai pegawai Inggeris dan mampu pula berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik seperti yang dimiliki oleh arwah datuk saya . Malah menurut kakanda sulung saya ( Hajah Salmah ) yang ketika itu ( 1969 ) sedang belajar di Kelas Peralihan / Bridge Class, GJSS Beluran , arwah datuk banyak mengajarnya dalam pertuturan dan perbendaharaan kata bahasa Inggeris.
Yang lebih penting , peranan Mahkamah Adat adalah menjurus kepada perlembagaan Syariat Islam . Justeru keilmuan yang baik dalam hal ehwal Islam akan digunapakai dalam memutuskan sesuatu pertikaian adat dan salah laku masyarakat . Bidang ini amat memerlukan insan yang benar-benar berkeupayaan dalam hukum ahkam syariat Islam. Justeru dapat saya saksikan sendiri timbunan kitab-kitab fiqh, jenayah , nikah kahwin dan tasauf menjadi bahan rujukan arwah datuk saya . Kesemuanya bertulis dalam tulisan Jawi dan Arab . Kebanyakan dari kitab-kitab tersebut beliau pesan dari Singapura dan Kedai Buku Usaha Kita di negeri Selangor . Malah kitab-kitab tulisan tangan dari ulamak setempat , sering dihantar kepada arwah datuk , sebagai menjawab persoalan ijmak qias dalam sesuatu persoalan yang baru.Umpamanya kitab Tuan Guru Zaini Palambani yang masih utuh di dalam simpanan saya.
Berdasarkan kitab-kitab dan berbagai catatan yang ditinggalkan , saya dapat menangkapi , arwah datuk saya berketurunan Arab. Sayyid Ibrahim Al Idrus sering melakukan perjalanan antara Trengganu dan Martapura , Kalimantan Selatan. Adat dan kebiasaan mubalig Arab merantau ke sesuatu tempat , pasti akan meninggalkan zuriat dan keturunan di setiap permukiman . Tidak hairanlah mereka menitipkan catatan salasilah mereka khusus untuk menjadi rujukan zuriat yang ditinggalkan. Masih jelas dalam ingatan saya kisah arwah emak menceritakan kehadiran Sayyid Othman pada tahun 50an di rumah kediaman mertuanya di Klagan . Menurut Allayarhamah ibu lagi , Tok mertuanya hanya berziarah beberapa hari di Klagan sebelum melanjutkan semula pelayarannya ke Sandakan, Tawau dan terus ke Banjarmasin untuk selanjutnya menyambung perjalanannya menuju Mekah Al Mukarramah pada tahun yang sama. ( Allahyarham Tok Sayyid Othman meninggal di Mekah - berdasarkan surat yang diutus dari famili di Banjarmasin )
Menyoroti perjalanan hidup beberapa personaliti di dalam famili , terbayang di benak kita betapa singkatnya usia ini. Andai ianya ingin menjadi sejarah , walau seolah-olah ia dapat diselesaikan semudah mengetik jari , namun percayalah ....ia tak kan dapat diselesaikan oleh sesiapa jua pun. Satu cetusan pernah saya kemukakan kepada ayahanda saya Sayyid Mohamad Salleh semasa hidupnya , kenapa gelar sayyid tidak dilekatkan diawal nama saya dan pada seluruh keturunan Sayyid Abdul Kahar?. Ayahanda saya merenung ke wajah saya lantas memberikan penjelasan , ketika konfrontrasi yang berlaku antara Indonesia dan Malaysia , timbul cetusan-cetusan sumbang untuk mengembalikan setiap warga Indon ke tempat asalnya. Tak kisah ia berketurunan Arab atau sebaliknya , asal kelahirannya Indonesia , ia tetap menerima nasip yang sama.
Saya tersenyum ketika menyusun coretan ini...entahkah ada logiknya lantaran lebih melambak migrasi yang berlaku selepas itu dari tanah Sulewasi dan Selatan Filipina , akhirnya usaha untuk mengembalikan mereka ke negara asal mereka terpinggir sepi begitu saja. Coretan ini sekadar perkongsian sahaja, lantaran saya sendiri tidak pernah surut dari keyakinan bahawa saya adalah anak Borneo . Sejak sekian lama, orang Banjar atau Dayak Kalimantan atau orang Iban Sarawak sendiri yang berkeliaran di bumi Sabah ini justeru mereka berpendirian mereka masih berada di tanah yang bercantum dengan tempat tumpah darah mereka.Mereka sekadar merentas belukar dan belantara namun tidak menyeberang lautan yang diandaikan mereka suatu tempat yang jauh. Mereka berasa bebas untuk merantau ke mana saja mereka kehendaki , demi mencari sesuap nasi dalam kehidupan.
Nah...itulah namanya sejarah dalam kehidupan. Kerana itu saya kekal berpegang dengan falsafah Allahyarham bapa " Apabila sampai ke rantau orang , hendaklah jadi ayam betina , jangan sombong dan membangga diri .... pasti disenangi orang. Jangan dicanang keturunan dan martabat diri ....kerana Allah memiliki keagungan seluruh kehidupan. Andai masih ada sombongmu...makhluk masih menguasai kehidupanmu....Carilah rahsia Allah dari afa'alul makhluk yang melata...Biar rendah di mata makluk namun mulia di sisiNya...Jangan disesal pada setiap yang sudah berlaku kerana kita adalah kosong tanpa Qudrat dan IradatNya......"
Justeru itu kita sempurnakan hayat yang tersisah ini. Kita tak kan sama dengan insan di sekeliling kita. Elakkan perbandingan kerana ia akan menerbitkan ria' dan cemburu. Sombong andai kita merasa kita berada di atas dan pasti pula kecewa andai kita berada di bawah. Ayoh kita orak langkah untuk menjadi insan yang sentiasa mencari redaNya. Moga kita mendapat rahmat dan keampunanNya...Aamiin.

Jun 18.2013
SAYEMBARA PENULISAN NOVEL LEMBAGA KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR SABAH 2013

16 JUN 2013.
Bertujuan untuk mengangkat martabat bahasa ibunda Sabah ke peringkat Nasional dan Internasional , Lembaga Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah telah melangkah ke hadapan secara proaktif dengan menganjur Sayembara Penulisan Novel dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah dan badan BAHASA Sabah bermula tahun 2011 dan 2012. Pelancaran Sayembara Penulisan Novel 2013 lebih menjanjikan habuan yang terbaik untuk para penulis Sabah semata-mata untuk mempastikan pembabitan mereka yang positif demi untuk melahirkan hasil kesusasteraan yang berkualiti samada dalam genre novel , cerpen ataupun puisi.
Apa yang tersirat di dalam misi dan visi penganjuran sayambera penulisan ini ialah lahirnya farasakata kesukuan tempatan yang mencapai piawai standard dan kualiti nasional. Ternyata begitu banyak frasakata tunggal kesukuan di negeri ini yang memiliki maksud majmuk dan mampu menyumbang kepada bahasa standard nasional . Datuk Marsidi Manjun yang menerajui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah turut merakamkan keyakinannya bahawa faraskata yang ditampilkan itu adalah lengkap , padat dan sempurna dan belum pernah diketengahkan lagi lewat Kamus Dewan untuk aplikasi penggunaannya di media. Justeru itu peraduan ini telah mewajibkan hampir 100 ke 200 patah perkataan kesukuan diadoptasi ke dalam adunan cerita yang dipersembahkan . Marsidi amat berkeyakinan bahawa usaha itu akan menambahkan lagi khazanah dan perbendaharaan kata bahasa Melayu Malaysia yang berkualiti.
Berdasarkan maklumat penghakiman , Keputusan Pertandingan Sayambera Penulisan Novel Dewasa tahun 2012 telah memenuhi kualiti yang sepatutnya berbanding Sayembara Penulisan pada tahun 2011. Pada tahun ini Tempat Pertama telah dimenangi oleh Juri Durabi dengan karya novel " Sangkar Terapung " berjaya membawa pulang hadiah RM 7,000.00 dengan sijil penghargaan , Sementara tempat kedua disandang oleh Kathrina Tati dengan karya " Vusa Putih " dan wang RM 4,000.00. Di tempat ketiga pula dimenangi oleh Ramlah Abd. Rashid dengan karya berjodol " Pantai Sutera " Beliau menerima hadiah berjumlah RM 3,000.00 dan sijil penghargaan . Saya sendiri hanya menerima hadiah saguhati RM 1,000.00
Sementara bagi Sayembara Penulisan Novel peringkat remaja hanya diberikan kepada dua pemenang saguhati sahaja kerana hasil karya mereka masih belum mencapai standard yang ditentukan oleh Panel Hakim.
BIMBINGAN DAN MENTORING PENULIS NOVEL
Gambar kenangan semasa penyerahan manuskrip buku Pabila Rindu Berpaut dengan Enam Moziat, editor DBP K.Kinabalu.
08 Julai 2014 - Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan penghargaan kepada saya untuk menjadi mentor bagi pemurnian manuskrip karya pemenang Sayambera Menulis Novel Remaja 2013 anjuran DBP Cawangan Sabah. Dua karya penulis muda telah diserahkan kepada saya untuk dihalusi dan selanjutnya untuk mendapatkan bimbingan berterusan bagi membolehkan ia diterbitkan oleh DBP. Betapa ramai di kalangan pembaca di negara ini yang memandang tinggi pada keupayaan DBP dan kualiti buku-buku yang diterbitkannya .
Kedua novel : 1. Rintis-rintis Harapan dan 2. Kau..Aku dan Kita , telah saya baca dan membuat penilaian secara analitik kenapa kedua novel ini hanya layak mendapat hadiah saguhati di dalam pertandingan . Saya sendiri pernah menghantar karya saya ke beberapa Syambera Penulisan sejak tahun 1980an. Setelah merasa kecewa kerana hanya mendapat hadiah saguhati dari pihak penganjur ,saya terus mengambil tindakan proaktif , membaca karya tersebut berulang kali . Akhirnya saya bagaikan mengakui kelemahan yang telah saya lakukan secara rawak namun tidak berusaha untuk menampilkan contoh-contoh terindah untuk melapisi kelemahan tersebut . Justeru ketika usia 20an saya dulu, tidak pernah pula saya diperkenalkan dengan penulis-penulis veteren yang lebih berpengalaman yang dapat membantu saya membina semula kekuatan diri saya dalam penulisan seperti yang dilakukan oleh DBP Sabah ketika ini. Syabas DBP Cawangan Sabah!
Setelah bersemuka dengan penulis-penulis muda yang berbakat ini , persoalan yang selalu saya cetuskan , apakah penulis benar-benar inginkan buku tersebut diterbitkan oleh DBP ? Itulah impian mereka dan juga impian puluhan penulis-penulis yang telah berkecimpung di dalam penulisan. Bagaimana pun DBP ada disiplinnya sendiri bagi mempastikan kualiti penulisan yang dipersembahkan benar-benar memberikan impak positif dari aspek moral dan etika kepada mentaliti pembaca rakyat Malaysia. Disiplin dalam penulisan sebuah karya novel itu pula adalah intipati dalam sukatan pelajaran sastera yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Ketepatan dalam teknik penulisan yang indah dengan penampilan unggul kesan metaforanya , plot yang menarik , suasana tempat yang dapat dikesani oleh pengalaman pembaca , kisah yang logik dari aspek keintelektualan pembaca , tidak membosankan , memaparkan nilai moral dan susila yang mendaulatkan Rukun Negara dan semangat nasionalisme . Pastinya ia amat berbeza dengan penerbitan lain yang terdapat di sekitar kita. Malah ada percetakan yang tidak mementingkan penyuntingan kualiti , asalkan penulis mampu membayar kos percetakan yang telah ditetapkannya. Sama ada buku tersebut mendapat sambutan dari pembaca atau di sebaliknya , itu adalah risiko yang perlu ditanggung sendiri oleh penulis.
Bersama dengan En.Almiey dan seorang penulis yg dibimbing di Sandakan.
Saya juga kemudiannya tarlibat untuk membimbing penulis-penulis muda dalam penulisan cerpen di Pekan Beluran. Persoalan yang sama turut saya kemukakan kepada perserta bengkel . Semua strategi dan ilmu di dalam penulisan sastera yang diperolehi rasanya kurang bermanfaat andainya insan yang terlibat tidak menerjah halangan malas yang menguasai minda dan fikiran mereka. Saya amat meyakini kenyataan A.Samad Said yang mengatakan bahawa minat adalah mengatasi bakat dalam menghasilkan sesuatu karya sastera. Justeru menghadiri beberapa kali bengkel penulisan sekalipun , andainya tidak disertai dengan kesungguhan untuk melahirkan karya penulisan , ilmu dan bakat pastinya akan terkubur dalam lipatan masa. Justeru pada setiap masa penulis-penulis muda perlu duduk dan memerhati bait-bait ayat yang telah disusun di skrin komputer. Setiap bacaan akan memungkinkan anda membuat pembetulan dan setiap kesempurnaan kalimat yang anda olah akan memungkinkan pula anda menambah sehelai ke sehelai karya anda pada setiap kali diperlukan oleh keinginan anda.
Bagaimana pun ada satu kelaziman yang dimiliki oleh kebanyakan daripada kita iaitu keengganan untuk menerima saranan dan teguran yang dikemukakan oleh mentor. Anda bayangkanlah semasa anda menyudahkan tesis atau kerja kursus seperti yang dikehendaki oleh penyelia thesis anda di universiti , mahu tak mahu anda terpaksa ikut semata-mata untuk meraih lulus dan segulung ijazah yang akan dianugerahkan kepada anda. Demikian halnya seorang mentor yang berpegang pada disiplin dan peraturan yang didukung oleh penerbitan , kesemua peraturan yang dikemukakan mentor itu adalah kayu ukur yang bakal menentukan karya anda dapat dibukukan atau sebaliknya. Saya pernah berdiskusi pada seorang teman yang terpaksa melakukan hampir lima kali perubahan pada manuskrip novelnya , namun tetap tidak melepasi piawaian koreksian editor DBP.
Andai kita sarankan , kenapa tidak ikuti sahaja kesemua krateria yang dikehendaki?. Itulah soalan yang bijak. Kita turunkan darjah kebiasaan kita. Cari ilmu dan solusi daripada orang yang lebih pengetahuannya dalam persoalan ini. Miliki sifat terbuka untuk menyelami kelemahan diri. Pasti akan kita temui jalan yang kita ambil itu kurang bijaksana. InsyaAllah, anda akan dapat memperkembangkan idea-idea anda yang ternyata berbagai dan menarik untuk diceritakan. Ini yang saya perolehi semasa bersama tokoh-tokoh sasterawan yang ternama di negeri ini seumpama En. Jasni Matlani , Azmah Nordin , Juri Durabi dan yang lain-lain.
Justeru sehingga kini pun saya sentiasa membantu penulis-penulis muda yang menghubungi saya dan rela mendapatkan tunjuk nasihat di dalam penulisan. Saya contohkan beberapa teguran yang sering saya kemukakan berdasarkan apa yang mereka perlukan :
1. Sinopsis yang jelas dapat mengelakkan persembahan cerita yang merapu juga nilai superior yang tidak logik. Rancang plot dan perjalanan cerita dan hubungannya dengan persembahan peristiwa yang lain secara rasional. Ingat bahawa pembaca itu adalah bijak dan dapat mengadili keintelektualan seorang penulis.
2. Contohi teknik penulisan karya-karya ternama tanah air. Justeru mereka mengurangkan teknik dialog sehingga ke 10% dalam setiap bab dan mengadunnya dengan gaya penceritaan naratif dan monolog. Lihatlah bingkisan Anwar Redzwan dalam Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang turut merangsang ketenangan dalam pemikiran pembaca untuk mengikuti kelangsungan cerita selanjutnya.
3. Elakkan cerita anda menggunakan frasa-frasa Inggeris yang ada penggunaannya dalam bahasa Melayu. Kesilapan kita kerana menganggap bahawa memasukkan kata-kata Inggeris itu akan menampakkan nilai intelek dan keupayaan diri kita. Sedangkan masih banyak perkataan tempatan yang tidak digunakan dan perlu untuk diperkenalkan.
4. Mengetengahkan rincian watak dan sifat fizikalnya agar dapat memulakan persediaan pembaca untuk menggambarkan perjalanan cerita berdasarkan interpretasinya sendiri. Faktor nama , panggilan , fizikal dan dialog dapat membantu menghidupkan rasa romantik , pemarah , periang atau inteleknya seseorang tokoh yang ditampilkan.
5. Setelah persyaratan itu dapat disediakan , barulah dikukuhkan dengan persembahan metafora yang berkesan. Berdasarkan Azmah Nordin , krateria inilah yang telah mengangkat mutu karya sasteranya sehingga berjaya melonjak untuk seterusnya memenangi beberapa anugerah sastera di peringkat negeri dan nasional.
Lantas saya teringat ungkapan Azmah Nordin, " Sesiapa yang berjaya menerbitkan sebuah novel dewasa yang berkualiti melalui sebuah penerbitan yang mantap ( seumpama DBP ) maka dia layak bergelar Sasterawan. Majulah Sastera untuk negara. Selamat maju jaya.

22.JUN 2016 bersamaan 17 Ramadhan 1437 Hijriah ,saya menerima pelawaan En. Amir Sabri bin Ahmad ( penulis ) dan penerbit Siaran Drama Radio FM Sandakan : Pn. Norkisah , untuk berlakon dan memegang watak Sufri dalam Drama Radio berjodol:" Bersaksikan Ramadhan Berwalikan Aidil Fithri". Saya rasa seronok dan menerima pelawaan tersebut dengan berbagai persoalan tentang keupayaan saya sendiri. Ternyata di dalam usia begini dan berlaku di dalam bulan Ramadhan pula , saya tidak dapat melepasi " feel takluk " bersahaja yang biasa saya miliki. Itu adalah istilah saya sendiri. Andai kita diselubungi rasa rendah diri, dingin , malu dan seumpamanya , alamat kita tidak akan dapat menjayakan suatu tugasan itu dengan berkesan.

Terus terang saja , saya bukanlah seorang yang pasif dalam aktiviti khitabah ( istilah untuk setiap penglibatan kita dalam aktiviti yang berasaskan lisan dan suara ).Semasa belajar dulu , saya pernah mewakili sekolah dalam syarahan sekolah-sekolah agama peringkat negeri Selangor .Juga pernah mewakili Maktab Perguruan dalam Tilawah Al Quran Antara Maktab-Maktab Malaysia . Justeru setelah berkhidmat sebagai pendidik tahun 1980an, rakan-rakan sebaya amat mengenali saya justeru penglibatan saya dalam pertandingan Syarahan , debat , Tilawah Al Quran dan Barzanji . Malahan saya sendiri tidak teragak-agak menyumbangkan lagu-lagu sintimental Lobo , George Benson, Sue Thomson atau Santa Esmerlda ketika santai di dalam sesuatu majlis formal.
Namun detik bersama-sama dengan barisan pelakon drama radio FM Sandakan ini , saya kehilangan feel untuk menguasai dialog yang diberikan. Berkemungkinan juga disebabkan kedudukan saya yang paling junior dalam seni lakon radio , saya sukar untuk ( perform ) dan benar-benar tidak dapat melakonkan yang terbaik. Pada hemat saya , seni lakon teather ( drama pentas ), seni lakon audio visual ( televisyen dan seni lakon radio masing-masing mempunyai kerumitan yang tersendiri. Pernah semasa belajar di maktab dulu saya mendapatkan sedikit bimbingan singkat dari Tarmimi Serigar dan Zaibo semasa keduanya menerima undangan Group Teater Sabah th 1987 dulu. Bagaimana pun arena teater lebih mudah dijiwai pelakon. Kita menjerit , merlompat , terisak-isak kecewa , berguling-guling di pentas dan seumpamanya akan lebih cepat merangsang feel takluk seorang pelakon untuk menjayakan persembahannya dengan berkesan.
Sebaliknya lakonan drama radio benar-benar memerlukan kekuatan dan power suara seorang pelakon. Baik di dalam keadaan suka, duka , romantik , kecewa dan seumpamanya , suara wajib dipersembahkan dengan bertenaga. Apa juga halangan peribadi semasa berlakon wajib dikesampingkan. Ruang bilik rakaman yang kecil dan berhawa dingin , harus dapat digunakan sebaik mungkin dari unsur-unsur yang dapat menghalang kelancaran mood dan feel seseorang pelakon.Ia harus asli dan segar .
Umpamanya berbagai bau-bauan dan aroma sama ada dari mulut , badan , pakaian atau perfume yang bersifat kontras dari kebiasaan orang lain akan tetap menjadi penghalang kepada kelancaran seseorang pelakon mengucapkan lakonannya.Sekali tiada siapa yang menegurinya namun secara peribadi, andai kita memiliki unsur-unsur dalam krateria itu, kita sendiri juga yang merasa tidak selesa untuk menghampiri atau berbual dengan seseorang.
Sebaliknya andai kita saksikan aksi-aksi dan lakonan yang ditayangkan di media tonton sama ada televisyen dan wayang gambar , ternyata ia lebih mudah dapat dikuasai oleh para pelakonnya walau pun sewaktu menghadapi penggambaran pertamanya. Kesemua aksi , reaksi , latar , muzik , bahasa badan atau suara ( yang boleh diucap semula )diadun semaksimanya agar menarik dan dapat difahami penonton secara santai. Andai berkesan terjahan pengarah filem menepati kehendak skrip yang menarik....tidak mustahil seorang pelakon yang baru dalam dunia perfileman sekalipun , mampu mengatasi kehebatan pelakon-pelakon lama yang berpengalaman.
Paparan ini sekadar perkongsian. Tidak terniat untuk menjatuhkan sesiapa.Masing-masing insan ada kekuatannya tersendiri. Saya memaklumi situasi kita di negeri " Di Bawah Lindungan Bayu ini" . Bagaikan terdetik untuk membantu , mengangkat martabat filem kita , agar dapat menarik rakyat untuk menontonnya . Kalau orang Sabah sudah suka , kita terus meneliti dengan saksama , kenapa penonton di Semenanjung tidak menyukainya? . Mungkin kerana bahasa atau ruang pengambaran yang tidak menarik atau keintelektualan yang teres. Mungkin jalan cerita yang tidak menarik atau teknik persembahan yang ketinggalan.
Apa yang jelas, tontonan itu adalah sesuatu yang perlu difahami. Apabila jalan ceritanya menarik , para pelakon pula dapat melakonkannya dengan baik , faktor bahasa yang romantik dan diminati , penggunaan peralatan penggambaran yang terkini , sudah pasti pula kita dapat menantikan hasilnya yang terbaik dan sempurna.
" Saya membayangkan tuturan romantika Sabahan itu harus berdasarkan sebutan bakunya . Tidak kepelatan seumpama penutur dari Indonesia dan tidak juga menyadur rima akhiran e taling Johor Riau yang lebih mengarah kepada langgam Semenanjung . Bagaimana pun juga ucapan baku semestinya pula dikawal secara sempurna , tidak melebih khuruj baku atau melebih bunyi qalqalahnya " .
Lepas itu kita nanti jawapannya , apakah filem kita dapat menembusi minat masyarakat majmuk Malaysia sama ada yang tinggal di Sabah , Sarawak dan Semenanjung Malaysia sendiri. Andai keputusannya positif , tentulah filem itu akan mendapat perhatian dari peminat-peminat filem Asean , Asia dan antarabangsa.
Gambar kenangan semasa membuat rakaman di RTM Sandakan.
2 comments:
Tahniah!. Perkongsian yang baik.
terbaik..."Cerita Saya" telah menjadi satu pengalaman pahit dan manis yang cukup indah dikongsikan..Terima Kasih
Post a Comment