CORET-CORET RASA HATI
JERAT SI PEMIUTANG
Oleh Ismail Hj. Salleh
Oktober 14.2018
Telefon selular saya berdering beberapa kali sejak saya hendak menamatkan rakaat kedua solat Duha di pagi sabtu itu. Detik hati kecil bagai berbaur dengan cetusan rasa, bahawa si pemanggil sangat berhajat untuk bertanyakan khabar dan berita. Justeru tidak wajar saya berlengah menyahuti panggilan itu. Namun andainya dia punya keinginan yang tinggi untuk membuat usul pertemuan , pasti dia akan membuat panggilan selanjutnya.
Sedang saya sendiri bagai tidak mahu berganjak dari atas sejadah , apa tah lagi untuk membuat panggilan balas. Justeru keinginan dalaman saya masih mahu melanjutkan Duha untuk rakaat selanjutnya. Seperti pesan Nabi Muhammad Junjungan SAW , masih tetap terhutang diri insan andai belum tertunai Duha.Tambahan mata saya juga tidak mampu membaca paparan di skren telefon selular tanpa bantuan kanta cermin mata. Lantas saya menantikan sahaja telefon selular yang saya letakkan di sebelah sejadah saya untuk terus berbunyi buah kali keduanya . Sekadar mendengar kalimah salam dalam ucapan mukadimahnya , pasti saya dapat mengenali personaliti si pemanggil.
Memang benar Gani telah membuat panggilan buat kali ketiga . Dia ingin mengajak saya berserapan pagi dengan menu roti canai dan teh tarik di sebuah restoran mamak di pekan . Alasannya ringkas , dia ingin mengongsikan saya cerita penganiayaan jahat seorang pegawai bank yang telah menggunakan Agen Peminjam Duit sebagai batu loncatan untuk mengaut 40% keuntungan dari jumlah wang yang dipinjamnya.
Maklumat ini adalah satu cerita yang menarik. Kita boleh saksikan agen-agen peminjam duit yang berleluasa di media-media sosial . Klik sahaja pautan iklan , mereka pasti menghantar mesej untuk menawarkan bantuan perkhidmatan. Bukannya dari dana syarikat merekapun . Agen-agen sekadar memanjangkan permohonan mangsa yang ingin dijadikan korban kepada pegawai-pegawai bank tamak yang ingin membina empayar perolehan haram dalam lingkungan masyarakat bangsanya yang miskin dan memerlukan perlindungan. Penyelewengan ini berleluasa di ibu-ibu kota di negara ini dan info mangsa bernama Ghani yang saya mahu ceritakan ini berlaku di bandaraya Kota Kinabalu , Sabah.
Apabila saya bertanya pada Ghani kenapa harus meminjam dari kumpulan lintah darat?. Jawapan lelaki 50an itu amat menginsafkan saya . Beliau menyoal saya kembali , pada siapa lagi harus saya meminjam?. Saya perlu mengadakan kenduri pernikahan anak saya. Sedangkan sebelum ini saya mengajukan permohonan ( reloan) kepada pegawai bank yang berkenaan , keputusannya mendukacitakan kerana komitmen saya yang tinggi dan melebihi 60%. Bagaimanapun apaila agen membawa saya untuk bertemu dengan pegawai yang sama untuk kedua kalinya , malah dia turut menawarkan pinjaman sehingga ke ratusan ribu. "Sampagh dijilat sampagh" kata pepatah orang Cocos.
Saya tidak dapat menjelaskan kepada Ghani , apakah tindakan yang harus dilakukannya. Agen sendiri telah menasihati Ghani agar tidak membuat laporan polis dan Bank Negara atau kesemua mereka akan ditimpa kesusahan. Jauh di sudut hatinya sendiri , Ghani tekad untuk membiarkan saja musibah yang berlaku ke atas dirinya itu. Dia sekadar melakukan perkongsian demi meredakan hambatan kekecewaan di dalam dirinya. Menurut beliau , kesemuanya telahpun berlaku. Mahu disalahkan dirinya dan golongan yang senasip dengannya , sememangnya mereka adalah individu yang berkeperluan tinggi untuk meminjam. Justeru tidak mungkin wujud kumpulan penyengak seumpama pegawai bank dan agensi pinjaman duit , andainya tiada kumpulan dhaif seperti mereka .
Gambar Hiasan : Ikrar Bebas Rasuah ( IBR ) yang dilancarkan oleh kaki tangan Bank Rakyat Negeri Selangor.
Ghani sangat pesimis bahawa Penguatkuasa dari Petugas Keselamatan dan SPRM juga tidak akan menoleh masalah yang bersebab dari kejahilan mereka itu . Bagaimanapun saya meyakinkannya, seandainya kesemua mangsa yang teraniaya bergabung tenaga dan memberikan bukti-bukti kukuh kepada SPRM, pasti golongan penindas ini dapat diadili dengan saksama. Sememangnya golongan penjenayah ini sangat licik, seperti liciknya Ah Long2 di negeri ini yang sentiasa alert untuk tidak meninggalkan sebarang catatan angka kepada mangsa-mangsanya. Mereka tidak memberikan ruang kepada para peminjam untuk mengira jumlah kerugian yang ditanggung. Mereka sekadar mencatat di kertas kosong dan memperlihatkannya kepada peminjam.Tiada rujukan bercetak akan dilepaskan kepada peminjam. Sekiranya berlaku kelewatan bayaran, mereka pasti akan membuka pula akaun kedua dan ketiga. Hutang yang hanya berjumlah ribuan ringgit akhirnya akan melonjak ke angka belasan ribu ringgit.
Tiada siapa yang tidak ingin melepaskan diri dari belenggu hutang. Tanyalah diri anda dan semaklah jejeran ringgit yang wajib anda sediakan untuk membayar hutang pada setiap awal bulan. Jelas , anda yang masuk dalam golongan berhutang juga memiliki nilai kejujuran dan ingin bertanggung jawab terhadap hutang-hutang anda. Mungkin anda sependapat dengan saya agar Kementerian Kewangan wajar menimbangkan idea ini agar diuntukkan sebuah institusi kewangan yang dapat menyalurkan satu jumlah pinjaman yang lebih besar bagi menyelesaikan kesemua perhutangan yang ditanggung oleh penjawat yang bermasalah tadi . Usul seperti ini tidaklah keterlaluan atau mungkin akan memanjakan insan-insan yang terjerat di dalam hutang.Bahkan ia akan menjadi pelampong kepada mereka untuk memulakan nilai kehidupan baru bersesuaian dengan tempoh perkhidmatan yang mereka miliki.
Andainya bantuan ini dapat diwujudkan , negara masih tetap beruntung lantaran menjadi " Negara Yang Baik dan Mendapat Keampunan Tuhan ". Selepas itu pastinya anda dapat menyaksikan senario keceriaan terpampang di hadapan anda :
1. Emosi penjawat awam akan dapat disantunkan . Pastinya nilai dan produktiviti mereka di dalam pekerjaan dapat ditingkatkan kembali.
2. Sebuah institusi kekeluargaan kembali dapat menikmati keceriaan dalam kehidupan lantaran sang ayah telah berjaya menyalurkan nafkah untuk seisi rumah .
3. Di pihak kerajaan pula secara tidak langsung akan dapat membanteras jenayah ketamakan dan korupsi golongan lintah darat yang langsung tidak pernah menghiraukan keharmonian insan sejagat . Ketika itu para penjawat awam pasti tersenyum syukur kerana sudah terhindar dari penyangak Ah Long dan agen2 pinjaman palsu.
4. Sudah barang pasti selepas itu , negara akan mencapai tahap kemakmuran hakikat lantaran memiliki komuniti masyarakat yang dapat menguntukkan nilai kewangan yang diperolehi mengikut jumlah dan saluran yang akurat dengan kehendak hati sanubari mereka yang redha dan rela.
Cuba anda bandingkan cadangan di atas dengan usaha Kementrian Kewangan yang telah memperkenalkan khidmat AKPK di bawah kelolaan Bank Negara . Memang rakyat wajib bersyukur kerana ia merupakan bantuan kepada penjawat awam agar dapat menyusun kembali ekonomi keluarga mereka ke tahap yang lebih baik. Ada juga yang berjaya dipulihkan dan ada pula yang terabai begitu sahaja. Pertama , kerana birokrasi penyelarasannya ditangani oleh pegawai-pegawai yang kurang membantu dalam kerja-kerja teknikal dan data yang akan dikendalikan oleh pelanggan secara on line . Mereka bergerak ke bandar-bandar tertentu di negeri ini dan menentukan tarikh pertemuan dan pelanggan terpaksa menanti berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkan keputusan dari permohonan yang diajukan . Wal hasil para pelanggan terpaksa berurusan kembali dengan para pegawai yang berhemah dan berjiwa luhur di bangunan Bank Negara Kota Kinabalu atau terpaksa mengabaikan khidmat AKPK untuk selama-lamanya .
Perkara kedua yang terpenting adalah disebabkan khidmat AKPK yang sekadar memberikan cadangan jumlah potongan wajar yang bersesuaian kepada bank yang berkenaan berdasarkan tempoh perkhidmatan peminjam yang masih ada. Bagaimana pun terdapat kes-kes yang tidak dapat memenuhi sasarannya memandangkan tempoh perkhidmatan penjawat awam yang singkat dan tidak dapat menampung baki hutang yang perlu dilangsaikan. Sebaliknya situasi berbeza telah ditentukan oleh Unit Insolvensi kepada penjawat awam yang telah diisytiharkan muflis . Mungkin ia kelihatan lebih praktikal kerana ditempatkan di bandar-bandar berhampiran seperti Sandakan , Tawau, dan Keningau . Ini memungkinkan para pelanggan lebih mudah berurusan dari tempat pertugasan mereka . Namun yang lebih mustahak anda ketahui adalah kerana kadar potongan yang mereka tentukan kepada golongan muflis tadi adalah serendah 2% ke 3% dari pendapatan kasar yang diperolehi setiap bulan. Anda pasti sukar menghitung dalam perkiraan matematik bilakah tempoh mereka dapat melunaskan jumlah hutang keseluruhannya atau ia merupakan hak dan keistimewaan mereka yang bergelar muflis?.
Justeru kita tidak dapat melupakan kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan berwakilkan penyelarasan Unit Insolvensi Bank Negara terhadap golongan muflis ini ? Dalam perkembangan mutakhir ini ada cadangan pula untuk menimbangkan status golongan muflis ketika mencapai usia 60 tahun. Apapun yang bakal dilakukan , jelas pelaksanaan insolvensi yang diuntukkan kepada golongan muflis ketika ini adalah merupakan beban buat mereka di hari tua . Tak kan mudah institusi kewangan melupuskan jumlah hutang yang telah dikeluarkan kepada peminjam? Bagaimanapun , berapalah sangat kadar 10 % ke 15 % yang patut dikeluarkan dari jumlah potongan bulanan bagi bayaran wang yang dipinjam ?. Apakah setelah bersara , wang gratuiti dan elaun pencen turut digunakan untuk menampung bayaran balik kepada bank?. Bagaimana pula status tidak boleh melakukan perjalanan ke luar negara bagi mereka-mereka yang benar-benar ingin menunaikan ibadat haji dan umrah ?
Secara jujurnya , anda mungkin bersetuju bahawa peraturan yang diperkenalkan oleh Bank Negara terhadap golongan yang bermasalah kewangan dan yang berstatus muflis, masih memerlukan kajian yang mendalam . Penjawat awam yang bermasalah perlu diberikan pelampong untuk melanjutkan kehidupan mereka namun mereka wajib pula bertanggung jawab terhadap setiap beban hutang yang sedia ada . Justeru meletakkan mereka dalam kehidupan yang selisa tanpa memikirkan soal hutang , juga suatu peraturan yang tidak mendidik untuk menjadi rakyat yang bertanggung jawab. Tidak mustahil lah penjawat awam lebih rela mencapai status muflis kerana mereka mampu meraih pendapatan bulanan yang lumayan. Mereka masih boleh memohon kenaikan pangkat dan mendapat kenaikan gaji setiap tahun dengan zero potongan hutang .
Justeru cadangan untuk membolehkan penjawat awam membuat pinjaman maksimum sekalipun kapisiti potongan telah melebihi 60% dari pendapatan bulanannya adalah merupakan jawapan yang tepat dan bermanfaat . Cuba anda kenangkan kembali 6 tahun lalu, beberapa buah bank seperti Bank Muamalat , EON Bank , Hong Leong Bank dll pernah menawarkan khidmat penyaluran dana kepada penjawat awam yang akan bersara dalam tempoh 3 tahun terawal dari tarik persaraan mereka . Semaksimum 75% daripada jumlah gratuiti dapat memberi faedah kepada ratusan bakal pesara sebelum ia dibatalkan . Kesemua skim berjalan lancar dan sangat membantu mereka mebuat persiapan di tahun-tahun persaraan .Walau kerajaan terdahulu telah memberhentikan skim tersebut , namun pada hakikatnya ia tidak merugikan sedikitpun kepada bank-bank penaja . Justeru kesemua hutang dapat dibayar secukupnya setelah wang gratuiti pesara dapat didebitkan ke dalam akaun mereka .
Kembali saya menasihati Ghani agar membanyakkan sabar dalam kehidupan. Berfikir panjang dan munajatlah kepadaNya untuk mendapatkan satu keputusan muktamad sebelum melakukan suatu tindakan. Yakinlah pada diri sendiri . Undang-undang juga tidak semuanya berpihak kepada kita .Bagaimana pun andainya perkara itu telah berlaku , anggap sahaja ia suatu ketentuan daripada Allah. Hayati musibah itu sebagai kifarah untuk kita bermuhasabah di atas semua tindak-tanduk kita yang melampau di bumi Allah ini. Menyempitkan maklumat keluar dari luahan dan lisan kita pasti akan menjadi ubat penenang bagi menghindar mudharat hati dan perasaan di dalam diri kita.
SEMUGA KITA MENDAPAT MANFAAT DARI MAKLUMAT YANG DIKONGSIKAN INI.
.
NASIB MALANG CIKGU TERANIAYA
Oleh Ismail Hj Salleh
September 12. 2018
Di dalam perjalanan saya ke pekan Tungku untuk menghadiri majlis Walimatul U'rusy seorang sahabat , saya telah singgah di bandar Lahad Datu dan dipertemukan Tuhan dengan seorang cikgu yang peramah dan baik hati.Tak dapat saya jangkakan seorang insan yang menjadi jemaah saya melakukan solat Jamak Ta'akhir Asar dan Zohor di Masjid Daerah Lahad Datu akan berakhir dengan kemesraan dan ikatan silaturrahim yang intim sehingga ke detik cerita ini saya susun.Nama beliau Ihsan dan telah berkhidmat hampir 26 tahun di dalam dunia pendidikan. Beliau mengajar di sebuah sekolah menengah di bandar Lahad Datu dan turut menjadi tutor kepada pelajar-pelajar Sarjana Muda di dua buah pusat pengajian tinggi di Tawau.
Cikgu Ihsan kemudian mempelawa saya menjamu selera di Restoran Nasi Kerabu di Lahad Datu Sea Front. Dengan senang hati saya menerima ajakan tersebut lantaran masa untuk saya berkunjung ke Pekan Tungku untuk menghadiri majlis tersebut hanya akan bermula selepas masuk waktu Magrib nanti.
Ihsan malah berjanji untuk menemani saya ke majlis tersebut kerana lelaki itu juga merupakan sahabat seperguruan Ihsan di zon pantai timur . Menurut Ihsan , dia sering bersama-sama dengan Roslan menghadiri berbagai bengkel dan seminar pendidikan di bandar bersejarah Lahad Datu. Kebetulan mereka sama-sama mengajar di sekolah menengah dan menjadi jurulatih utama dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah masing-masing.
Betapa senang hati saya mendengarkan pengakuan cikgu Ihsan itu. Setidak-tidaknya saya tidak akan kesepian semasa pemanduan di malam kelam . Sudahlah kawasan tersebut jarang-jarang saya kunjungi , terdengar pula berbagai cerita-cerita sumbang dari teman-teman yang mengatakan di sepanjang perjalanan menuju ke bandar Sahabat Felda adalah jejak-jejak hitam yang tidak selamat diziarahi jika bersendirian .
Ihsan tersenyum sinis mendengar kalimat yang saya suarakan. Saya dapat membaca air muka lelaki yang berkulit gelap itu yang sentiasa siap menghadapi apa juga kemungkinan . Menurut Ihsan dia malah pernah mengunjungi seorang rakannya di Tanduo , hanya beberapa minggu setelah berlakunya pertempuran sengit di antara tentera kerajaan Malaysia dengan pengikut-pengikut Ismail Kiram di perkampungan nelayan itu. Sedangkan para petugas keselamatan yang mengawal lalu lalang menuju ke Tanduo sendiri tidak menggalakkan para pelawat luar untuk memasuki kawasan hitam itu.
Itulah kelebihan lelaki yang bernama Ihsan. Dia sentiasa reda dengan apa juga yang dipertemukan Tuhan di dalam kehidupannya.Di sepanjaang perjalanan ke pekan Tungku malam itu, dia banyak bercerita tentang musibah yang menimpa dirinya. Namun yang amat menarik perhatian saya dari kesemua penceritaannya itu adalah soal tindakan tatatertib yang dikenakan kepadanya renteten dari perselisihan dengan majikannya sendiri . Justeru dia telah berselisih pendapat dengan pengetua sekolahnya yang telah melaksanakan projek penanaman ribuan pokok cili padi di kawasan terbiar bersebelahan dengan kawasan padang sekolah mereka .
Menurut Ihsan , perbezaan pendapat di antara mereka pada dasarnya bukanlah disebabkan oleh kerakusan sang pengetua untuk menjalankan projek cili api milik peribadinya itu . Juga bukan kerana dia iri hati lantaran sang pengetua telah menggunakan kemudahan air sekolah untuk menyiram semaian dan pokok cili apinya. Tidak juga disebabkan kerana dia tidak dapat menyaingi keberanian pengetuanya yang berupaya menggunakan beberapa bilik darjah dan koridor laluan sekolah untuk dijadikan tapak semaian anak-anak pokok cili apinya. Lebih dahasyat dari itu , juga bukan kerana tidak dapat mengatasi langkah jenayah pengetuanya yang telah menggunakan sebuah bilik darjah untuk menempatkan 4 ke 5 orang pekerja ladang cili apinya yang terdiri dari beberapa lelaki dari pendatang tanpa izin ( PATI ).
" Justeru tindakan apa yang cikgu Ihsan lakukan hingga sang pengetua mengambil langkah untuk bertindak balas ?"ujar saya merancakkan mood berceritanya.
Ihsan tergelak kecil dan kembali melanjutkan penceritaannya . Menurut lelaki itu , dia mula bangun bersuara tatkala memerhatikan pekerja-pekerja kesayangan pengetua bagaikan insan liar yang kian tidak mementingkan peraturan dan estitika murni sebuah sekolah di bawah Kementeriaan Malaysia.
Lelaki 50an itu meminta saya membayangkan senario persekolahan apabila wujud sebuah pemandangan bersebelahan bilik darjah yang sedang menjalankan PDPC . Nun di sebelah bilik terdapat sekumpulan PATI yang sedang merokok atau memasak makanan dengan tawa dan siulan mereka. Ketika itu untaian kelambu masih bersangkutan , seluar dalam bergantungan di cermin-cermin tingkap , sedang suara dari peti televisyen berkumandang seiring dengan suara guru-guru yang sedang mengajar. Pekerja-pekerja itu bagaikan insan yang langsung tidak menghormati hukum sebuah institusi berdaulat. Tatkala guru-guru free dan sedang berserapan pagi di kanten sekolah , pekerja-pekerja kesayangan pengetua ini bagaikan tiada malunya . Mereka mandi manda di pili-pili tangki yang terletak di laluan semua warga sekolah. Apabila pelajar-pelajar sedang melakukan aktiviti dalam pendidikan jasmani, mereka turut bersorak-sorak dengan asap rokok bagai tiada hentinya.
" Cikgu Ihsan terlibat membuat laporan kepada Pejabat Pendidikan Daerah?" saya menyoal meminta kepastian.
Cikgu Ihsan sekali lagi tergelak dan menjelaskan pada saya bahawa di bahagian bawah bangunan dua tingkat itu telah digunakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah untuk menempatkan bahan-bahan stesenori dan peralatan untuk keperluan semua sekolah di dalam daerah. Tiada guru besar yang berurusan mengambil barang-barang keperluan tersebut yang tidak melihat kesemua senario yang berlaku ini. Di hadapan pintu masuk ke stor PPD sahaja kelihatan sangat kotor dengan sisah makanan yang dilontarkan pekerja-pekerja PATI daripada atas. Malah mereka juga turut membuang air kecil dari atas lantaran bau hanyir dan pesam turut mengganggu ketenteraman warga yang lalu lalang di bahagian bawah.
Saya dapat membayangkan bagaimana teruknya seorang pengetua yang sanggup menghalalkan perlakuan tidak beretika seperti itu berleluasa di kawasan tadbirannya , hanyasanya kerana memberikan keselesaan kepada pekerja-pekerjanya. Dia umpama seorang penjenayah yang sanggup menggadaikan kedaulatan undang-undang negaranya demi meraih keuntungan yang diidamkan.
Justeru itu menurut cikgu Ihsan ,apabila pentadbiran PPD mengeluarkan arahan agar pengetuanya membersihkan projek penanaman cili apinya dalam tempoh 24 jam, pengetua berbangsa Cina itu telah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit. Kedua jentera membajak dan ribuan pokok cili apinya terpaksa dilelong dengan harga murah . Stor baja dan aliran paip ke ribuan pokok cili apinya terpaksa dibongkar dengan serta merta.
Dalam suasana bersedih inilah sang pengetua melemparkan tuduhan bahawa cikgu Ihsan terlibat dalam komplot menjahanamkan projek tersebut yang belum sempat memberikan pulangan keuntungan kepadanya. Cikgu Ihsan bagaikan mengesani niat buruk pengetuannya itu .Rekod ketidak hadiran Ihsan lewat catatan alat perakam waktu telah digunakannya untuk menghatar laporan kepada KPM agar dia dikenakan tindakan buang kerja atau turun pangkat. Yang amat menghairankan cikgu Ihsan , Unit Tatatertib dari KPM atau JPN juga tidak melakukan siasatan untuk memastikan kesahihan laporan yang dipanjangkan oleh pengetuanya itu. Sedangkan sang pengetua sendiri tidak pernahpun memberikan peringatan kepadanya secara lisan atau bertulis tentang kesalahan yang dilakukan. Setelah genap 3 tahun dan bukti ketidak harian mencapai jumlah ratusan hari, alih-alih dia menerima surat Tatatertib dari KPM.
" Apakah cikgu Ihsan tidak ponteng sekolah seperti yang didakwa ?" saya memintas untuk mendapatkan kepastian.
Cikgu Ihsan tidak menafikan yang dia juga pernah ponteng bertugas. Bagaimanapun tidaklah mencapai puluhan hingga ke ratusan hari dalam tempoh 3 tahun.Dia mengakui sering terlewat datang 5 ke 10 minit dari waktu PDPC yang pertama. Dalam keadaan seperti ini dia akan langsung ke bilik darjah untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran dan mengabaikan catatan kehadiran dan tidak membuat nota susulan di atas kad perakam waktu kehadirannya.
Secara jujur dia mengakui bahawa setiap kali berada di bilik darjah, dia sentiasa membuat catatan kehadiran melakukan PDPC kerana ketua kelas sentiasa meletakkan jadual bertugas tersebut di atas meja guru untuk ditanda tangani.Dia mengakui kejahilannya yang lalai dan sering mengabaikan kepentingan alat perakam waktu tersebut. Dia sangat yakin kehadirnnya tetap dapat disaksikan oleh petugas keselamatan di pagar sekolah dan para pelajar yang mengikuti bimbingannya di dalam bilik darjah . Jika segala tindakannya itu menjadi satu kesalahan dalam peraturan pendidikan , tak kan pula dalam tempoh tiga tahun dia tidak pernah sekalipun diberi peringatan oleh pihak pengurusan sekolah ? Kalaulah sang pengetua mendakwa telah memberi peringatan kesalahannya selama ini , dia wajib membuktikan dakwaan tersebut dengan menunjukkan tandatangan cikgu yang tertuduh?. Itu adalah prosedur pengurusan yang baik.
Justeru pada cikgu Ihsan , dalam sesuatu hukuman yang membabitkan masa depan dan kehidupan seorang penjawat awam dan insan-insan yang bernaung di bawah tanggung jawabnya , haruslah diberikan peluang untuk membela diri. Bukanlah terlalu sukar bagi seorang pegawai dari KPM atau JPN untuk hadir ke sekolah dan mendapatkan pengesahan dari penolong2 kanan , guru-guru atau dari para pelajar di dalam kelas. Ketua kelas sendiri ada menyimpan catatan kehadiran setiap guru yang melaksanakan PDPC setiap hari di dalam kelas masing-masing.Buku-buku nota atau pemeriksaan buku latihan juga boleh digunakan untuk membuktikan kesahehan laporan pengetua bahawa cikgu Ihsan adalah bersalah atau di sebaliknya .
Merenung jauh maklumat yang saya terima , saya dapat membayangkan pelbagai kecuaian terus didaulatkan di dalam sesuatu pengurusan jabatan, walaupun terdapat kepincangan yang menyulikan kesahehannya.Justeru pegawai-pegawai di KPM, khususnya yang terlibat dalam Jawatankuasa Tatatertib, perlulah bersifat lebih terbuka. Jangan terlalu selesa duduk di kerusi empuk mereka dan enggan turun padang meneliti sendiri kes-kes yang dikemukakan.Dalam semua urusan di zaman mutakhir ini , bukti dan saksi adalah menjadi keutamaan.Tidakkah terfikir oleh KPM untuk menyiasat kes-kes aduan terlebih sebelum memutuskan sesuatu hukuman ?
Pada saya secara peribadi , prosedur mengenakan sesuatu hukuman wajib diamal pakai bukan sahaja terhadap para pelajar di peringkat sekolah , malah ke atas penjawat awam keseluruhannya.Lagi menyedihkan apabila cikgu Ihsan mengemukakan surat rayuan di atas hukuman yang dikenakan , Lembaga Tatatertib malah mencadangkan agar cikgu Ihsan membuka fail dan mencabar kesahihan hukuman tersebut di mahkamah .
" Saya bekas tenaga BTN tuan. Saya dilatih untuk mendaulatkan raja dan pemerintah dan mentaati semua hukum dan keputusan umara . Tidak sanggup saya membabitkan Pengarah Pendidikan Negeri dan PPD saya di dalam perbicaraan semata-mata untuk menyatakan kesahihan bahawa saya teraniaya dek tindakan sang pengetua yang haluba . Sesungguhnya Allah adalah seadil-adil Penghukum.Saya terima hukuman ini secara positif, mungkin Allah ingin menunjukkan saya sesuatu yang lebih baik di hadapan saya , insyaAllah " ujar cikgu Ihsan dengan senyuman.
" Aamiin Ya Rabbal A'alamin "

No comments:
Post a Comment